Kali ini musim kemarau di negara kita di iringi fenomena jerebu, yang kembali menyelubungi Malaysia. Boleh dikatakan telah melanda ke seluruh negeri, namum begitu banyak negeri yang terlibat masih di paras yang belum kritikal.
Maklumat terkini ada juga sekolah yang diarahkan tutup kerana jerebu yang teruk.
Punca Kejadian Jerebu
Pusat Kaji Cuaca, Jabatan Meteorologi menyifatkan jerebu melanda negeri di Semenanjung bukan berpunca daripada pencemaran sebagai faktor utama sebaliknya turut disebabkan monsun barat daya.
Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, musim ini bermula Mei dijangka berlarutan hingga September.
"Monsun barat daya menyebabkan cuaca kering dan panas. Ia berlaku setiap tahun dan dijangka (panas) akan berterusan berikutan ribut tropika Bebinca bertiup dari arah barat daya.
“Sepanjang tempoh hampir empat bulan ini, cuaca diramalkan akan sentiasa panas dan kering,” katanya.
Menurutnya, pada musim ini, hujan hanya berlaku sekali-sekala di beberapa kawasan perairan pantai barat Semenanjung sahaja.
“Tempat-tempat lain tidak berlaku hujan. Suasana seperti ini akan menjadi kering dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit jika kita tidak jaga kesihatan diri,” katanya.
Katanya, pembakaran hutan tebal di Sumatera, Indonesia juga telah meningkatkan bacaan indeks udara tidak sihat hingga menyebabkan pencemaran udara.
Darurat