14/06/13

Filled Under: , , ,

'Hapus dasar UiTM' - Suaram


Malaysia (Suaram) baru-baru ini dilaporkan membuat satu kenyataan meminta kerajaan memansuhkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya menerima kemasukan pelajar Bumiputera ke institusi pengajian tinggi awam itu.

Memetik sebuah portal, Pengarah Suaram, Kua Kia Soong mendakwa dasar UiTM itu melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman.

Isu itu turut didakwa cukup sensitif kerana menyentuh hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Kenyataan itu dikatakan berpunca daripada cadangan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meminta kerajaan mengkaji semula sistem sekolah vernakular kerana dirasakan menjadi penghalang kepada perpaduan negara.

Kenyataan Kia Soong tidak seharusnya dipandang ringan oleh kerajaan kerana banyak isu yang kini dibangkitkan kerana tidak berpuas hati dengan layanan Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Portal itu turut memetik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah bahawa, agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan, jati diri mesti diperkasakan dan Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular.

0 comments:

Catat Ulasan