20/06/13

Filled Under: , , , ,

5 Makhluk Misteri Yang Tidak Diiktiraf Kewujudannya

Adakah anda peminat cerita misteri? Pernahkah anda menonton siri televisyen, The Lost Tapes yang disiarkan di Discovery Channel dan Animal Planet? Tidak dinafikan, dunia kita memang luas dan masih banyak lagi kawasan pedalaman dan hutan yang masih belum diterokai manusia. Makhluk misteri seperti ikan duyung sehingga kini masih belum disahkan kewujudannya kerana tiada bukti kukuh ditemui walaupun ada sesetengah tampil dengan bukti seperti gambar, video dan rangka makhluk yang didakwa duyung. Bukti-bukti yang ditunjukkan pula masih menimbulkan keraguan dan kesahihannya juga tidak dapat dikenalpasti. Mari kita ketahui 5 haiwan misteri yang popular walaupun kewujudannya tidak dapat disahkan.


1. Bigfoot



Bigfoot digambarkan sebagai makhluk yang berbulu, berbadan besar dan berkaki dua yang dilaporkan muncul di Amerika Utara. Makhluk ini pertama kali dilaporkan sekitar tahun 1950an. Setakat ini, belum ada bukti saintifik seperti gigi, rambut dan tulang ditemui bagi mengesahkan kewujudan makhluk ini. Namun, video pendek rakaman Patterson-Gimlin pada 1967 di California yang memaparkan makhluk yang didakwa bigfoot telah menimbulkan pelbagai teori dan persoalan mengenai makhluk ini.


2. Nessie



Makhluk ini lebih dikenali sebagai Monster Loch Ness. Pertama kali dilaporkan pada 1933, ia didakwa dilihat di Loch Ness, Scotland. Sejak itu, ramai warga tempatan dan pelancong yang mengunjungi Loch Ness mendakwa melihat kelibat makhluk ini. Sesetengah individu percaya bahawa ia adalah seekor reptilia laut zaman dinosaur yang dikenali sebagai Plesiosaurus. Walau pun ada pihak yang tampil dengan bukti berupa foto dan video, namun bukti tersebut masih tidak kukuh dan boleh dipersoalkan.


3. Chupacabra



El chupacabra atau 'penghisap darah kambing' pertama kai dilaporkan muncul di Puerto Rico pada pertangahan 1990an. Makhluk ini digambarkan setinggi 1-1.5 meter, memiliki duri di punggung, mata seakan makhluk asing (alien) dan menghisap darah mangsanya seperti kambing dan biri-biri. Sehingga kini, tiada sebarang bukti termasuk foto dan video yang oleh mengesahkan kewujudan makhluk tersebut.


4. Monster Montauk



Makhluk aneh ini didakwa terdampar di sebuah pantai di Montauk, New York pada Julai 2008. Haiwan ini digambarkan memiliki 4 kaki, memiliki cakar dan tidak berbulu. Walaupun terdapat bukti seperti foto, namun banyak pihak percaya yang foto tersebut palsu. Ada yang percaya foto tersebut sebenarnya menunjukkan gambar rakun, khinzir atau haiwan yang mengalami kecacatan genetik.


5. Duyung Feejee



Duyung dilaporkan wujud di serata dunia malah pelayar terkenal, Christoper Columbus turut mendakwa melihat makhluk tersebut semasa sedang berlayar. Pada 1840an, Showman PT Barnum tampil dengan rangka yang didakwa sebagai ikan duyung dan dikenali dengan nama Ikan Duyung Feejee. Rangka tersebut berbeza dengan mitos yang menggambarkan duyung sebagai makhluk cantik. Ramai pihak berpendapat duyung Feejee palsu semata dan ia sengaja direka bagi mengaut keuntungan.