25/06/13

Filled Under: , , , , ,

10 Bencana Terburuk Sepanjang Zaman

Malapetaka atau Bencana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia di mukabumi ini.  Sejak dari zaman awal manusia diciptakan hingga ke hari ini. Bumi sudah sebati dengan bencana alam ini. Cuma bagi kita umat Islam semua ini adalah dugaan daripada Allah untuk kita ingat dan sedar akan kekuasaan Yang Maha Pencipta. Namum begitu adakalanya manusia itu sendiri yang menempah bencana, inilah yang dikatakan golongan yang merosakkan muka bumi.


1. London’s Killer Fog





Semenjak wujudnya industri, penduduk London telah terbiasa dengan udara berkabus, ruang udara sarat dengan pencemaran. Pada tahun 1952, pencemaran udara ini menjadi tragedi. Pada musim sejuk itu, dalam cuaca sejuk penduduk menbakar lebih arang batu untuk memanaskan badan. Asap telah bercampur dengan sulfur dioksida, nitrogen oksida dan jelaga. Keadaan itu telah menyebabkan London diselubungi awan hitam kegelapan dan telah menbunuh lebih kurang 12,000 orang.


2. The Al-Mishraq Fire



Pada 24 jun 2003, satu kebakaran telah berlaku di sebuah kilang sulfur di Iraq. Kebakaran ini berlaku selama sebulan dan telah melepaskan sulfur dioksida ke atmosfera. Sulfur dioksida boleh membunuh orang dengan menyebabkan masalah pernafasan dan juga mewujudkan hujan asid.


3. The Nuclear Power Plant Explosion in Chernobyl, Russia





Pada 26 April 1986, Loji Chernobyl di Ukraine Republik Sosialis Soviet telah menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke atmosfera empat ratus kali ganda daripada Hiroshima. Akibat kemalangan ini, ada kanak-kanak dilahirkan cacat, meningkatnya penghidap penyakit kanser dan masalah-masalah kesihatan lain. Anggaran mangsa bencana ini hampir 100,000 orang. Dan kawasan ini di isytihar tidak selamat untuk sebarang aktiviti kehidupan sehingga 200 tahun.


4. The Kuwait Oil Fires



Semasa Perang Teluk telah berlaku tumpahan minyak yang terbesar dalam sejarah. Pada tahun 1991, berikutan serangan ke atas Kuwait, Saddam Hussein telah menghantar seorang lelaki untuk meletupkan telaga minyak Kuwait.


5. The Destruction of the Aral Sea



Laut Aral merupakan salah satu daripada empat tasik yang terbesar. Pada tahun 1960-an Kesatuan Soviet telah mengalihkan aliran air sungai yang menuju ke tasik kepada projek pengairan. Aras Laut Aral merosot sebanyak 90% dan garam serta ribut pasir telah memusnahkan tumbuhan dan hidupan di sekitar kawasan itu.


6. The Exxon Valdez Oil Spill



Pada 24 Mac 1989, sebuah kapal tangki minyak Amerika, Exxon Valdez telah bertembung dengan Bligh Reef. Akibatnya tumpahan minyak berlaku hingga ke Prince William Sound di Alaska. Lebih kurang 11 juta gelen minyak telah tumpah dan telah mencemarkan sepanjang 500 batu pantai


7. Dioxin Pollution



Pada 10 Julai 1976 di Meda, Itali, sebuah reaktor di syarikat kimia ICMESA telah meletup. Akibatnya awan toksik dioksin dilepaskan ke atmosfera. Dioksin adalah salah satu bahan kimia yang paling toksik. Walaupun tiada kemalangan jiwa, namum ramai kanak-kanak yang terkena penyakit kulit yang serius.


8. The Love Canal



Pada 1940-an, bau pelik telah menyelubungi sekitar Love Canal, Niagara Falls. Penduduk mula sedar adanya resapan bahan ganjil dan orang ramai mula jatuh sakit. Malah ramai wanita yang mengalami keguguran dan melahirkan bayi yang cacat. Selepas pemeriksaan, didapati lebih kurang 21,000 tan sisa toksik telah ditanam oleh sebuah syarikat tempatan di bawah permukaan bandar.


9. The Union Carbide Gas Leak



Pada 2 Disember 1984, Kesatuan Carbide kilang racun di Bhopal, India mengalami kebocoran gas metil isosianat dan lain-lain toksin beracun. Lebih kurang 500,00 orang terdedah dan sehingga 15,000 kematian dilaporkan. Selain itu lebih kurang 20,000 orang telah meninggal dunia sejak kemalangan itu akbat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keracunan gas.


10. The Three Mile Island Nuclear Explosion



Pada 28 Mac 1979 di Harrisburg, kemalangan telah menimpa di reaktor nuklear Three Mile Island. Walaupun kadar sinaran yang sedikit telah dibebaskan. Namum kemalangan ini telah menjadi kebimbangan mengenai industri nuklear. Kematian, bayi lahir pra-matang, bayi dilahirkan cacat telah dikaitkan dengan isu nuklear.