10/06/13

Filled Under:

PUISI : Sagu Di Dalam Ruyung

Gambar Hiasan.
Biji sagu didalam ruyung,
Katak dibawah nak melalak,
Biar bergema dalam itu tempurung,
Payah bicara dengan si pekak.

Lembu atau sapi dapat nama,
Cerita katak tetap sama,
Kasihan katak masih di bawah tempurung,
Carilah kotak untuk berfikir diluarnya.

Guruh berdentum hujan tak jadi,
Dengar cerita katak si pemanggil hujan,
Ada yang curah air di dalam tempayan,
Biar tercicir apa yang dikendongan.

Jika khabar indah sebegitu rupa,
Masakan dua kali pisang berbuah,
Kisah si Kadok dalam era moden,
Maka si Pandir tersenyum sinis.

0 comments:

Catat Komen