Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

9/07/13

,

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak

Penghulu segala bulan kita bersua lagi,
Menjemput masuk ke taman kerahmatan,
Kurnia-Nya bertebaran diserata bumi,
Beruntunglah mereka yang mendapat ganjaran,
Akan digandakan yang wajib dan sunat,

Ada tiga pintu dibukakan,
Sepuluh hari untuk kerahmatan,
Sepuluh hari untuk keampunan,
Sepuluh hari dijauhkan pintu neraka,

Ada satu malam diaugerahkan,
Yang kebaikannya melebihi seribu malam,
Beruntunglah mereka yang ditemukannya,
Malam Lailatul Qadar penuh barakah,

2/07/13

Pemergian Aliya Nabihah Buat Selamanya

Kau hadir bagai sinar mentari,
Menerangi hidup ummi dan abi,
Tapi Tuhan Maha Menyayangi,
Menjemputmu awal mengadap Illahi,

Abi tahu,
Senyummu dibalik keperihan,
Jernih matamu dalam kesakitan,
Abi redha dengan kepergianmu
Semoga rahmat mengiringimu selalu,

Abi tahu,
Takdir ini terbaik buatmu,
Sudah tidak tertanggung deritamu,
Doa abi bersamamu selalu,
Kasih ummi tidak terbanding buatmu,

(Dalam kenangan Aliya Nabihah 29/4/13 - 30/6/13)

10/06/13

PUISI : Sagu Di Dalam Ruyung

Gambar Hiasan.
Biji sagu didalam ruyung,
Katak dibawah nak melalak,
Biar bergema dalam itu tempurung,
Payah bicara dengan si pekak.

Lembu atau sapi dapat nama,
Cerita katak tetap sama,
Kasihan katak masih di bawah tempurung,
Carilah kotak untuk berfikir diluarnya.

Guruh berdentum hujan tak jadi,
Dengar cerita katak si pemanggil hujan,
Ada yang curah air di dalam tempayan,
Biar tercicir apa yang dikendongan.

Jika khabar indah sebegitu rupa,
Masakan dua kali pisang berbuah,
Kisah si Kadok dalam era moden,
Maka si Pandir tersenyum sinis.

13/05/13

Puisi : Aku Bukan Sulaiman

Aku bukan Sulaiman,
Gapai Balqis dengan keajaiban,

Tak mampu aku,
Hamparkan marmar berkilauan,
Tak kuasa aku,
Layankan hud hud sebagai utusan,

Walau tak segagah djin ifrit,
Akan aku abdikan kudratku,
Tuk hiasi singgahsanamu,
Dengan seribu bahgia bak istana balqis,

Kiranya tak lari gunung di kejar,
Tinggi langit sejengkal cuma,
Tulus hatimu aku taruhkan,
Sejujur bicara bibir manismu,

12/05/13

Puisi : Luah Rasa Tak Bersuara



Getaran jemari tersentap dijantung,
Gundah hati kacau di jiwa,
Luah rasa tak bersuara,
Air berkocak apa didasarnya,

Hidup ini tidak selari,
Kebarangkalian itu tinggi,
Kadang sukar dimengerti,
Mengapa semua ini harus terjadi,

Tali adalah pegangan hidup,
Jangan terluncup genggam erat,
Biar disentap dari jauh,
Tapi tetap pada lurusnya,

Tabah hati padu dijiwa,
Syukur biar malar dibibir,
Doa kalimah keramat,
Moga selamat jua akhir nanti,

9/05/13

, ,

Puisi : Bangun Bangkit Tersedar Terjaga



Suara sumbang laku dipasaran,
Kata-katanya jernih bak air di kali,
Di dasarnya keroh dek kelodak,
Mahu hanyut bersama mereka?

Rumpun tidak lagi padu,
Lompong berada disana sini,
Terlolong bersorak tidak mengerti,
Sukar fahami susur galur jalan ceritanya?

Asal benih dari buah sama,
Cambah tumbuh pohon berbeza,
Fizikalnya nampak sama padan,
Namum akarnya berpaksi berlainan,

Jika ke laut kita tenggelam,
Kalau ke hutan kita tersesat,
Hendak ke bintang hanya mimpi,
Berlari ke langit bukan kemampuan,

Bukan tidur tapi terlena,
Macam bangun tapi terduduk,
Hendak berlari nampak merangkak,
Bangun bangkit tersedar terjaga