9/12/11

Filled Under: , , ,

Sejarah Haji Taib ( Lorong Haji Taib )

Sebut sahaja nama jalan atau lorong Haji Taib pasti semua rakyat Malaysia tahu atau pernah mendengar cerita perihalnya kawasan ini. Namum paling kurang enak didengar adalah apabila ia sering dikaitkan kegiatan maksit di celah lorong-lorong gelap, tempat bersarangnya kegiatan maksiat seperti pelacuran, penagih dadah serta berkeliarannya bapok-bapok. Sungguh menyedihkan, Siapa sebenarnya Haji Taib ini?

Pada tahun 1876, seorang pedagang dari Sumatera berketurunan Minangkabau, datang berhijrah ke KL (Kuala Lumpur). Beliau mempunyai kilang biji timah, tanah ladang, rumah dan kedai sekitar perkampungan Melayu di sini. Akhirnya kerana gigih dan tekun berusaha, beliau menjadi antara orang Melayu yang terkaya pada masa itu.


Beliau meninggalkan banyak jasa kepada komuniti Melayu KL sekitar awal kurun ke 19, terlibat dengan penubuhan Kampung Baru KL, menjadi tokoh pembangunan, tokoh sejarah pembukaan KL dan kenalan rapat Sultan Abdul Samad . Nama beliau sebenar ialah Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batu Sangkar, Bukittinggi di Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925). Kini namanya diabadikan kepada nama sebatang jalan, yang terletak disalah satu kawasan paling sibuk di ibunegara, menjadi pusat perniagaan berdaya maju, iaitu Jalan Haji Taib.