29/12/11

Filled Under: , , , , ,

SBPA | Gaji Naik Barang Pun Naik

Ibarat ombak dan pantai, isi dan kuku. Bila ada sahaja kenaikan gaji kakitangan awam, mulalah timbul pulak isu kenaikan barang. Belum sempat orang nak merasa gaji baru, ada khabar angin mengatakan ada pasar raya sudah mula menkaji kadar kenaikan harga barang.

Jika situasi ini berlaku apalah guna ada kenaikan gaji, jika kuasa menbeli orang ramai masih sama. Macam tiada perubahan. Janganlah difikirkan pasal kenaikan gaaji kakitangan awam sahaja, bagaimana pula nasib orang awam yang lain, para petani dan makcik-makcik dikampung, mereka tak sign SBPA pun.

Sudah-sudah lah asyik nak cekik darah rakyat biasa, Memaglah kuasa dan hak membeli ada ditangan pengguna, tetapi jika harga barang yang dinaikkan adalah keperluan asas, nak atau tidak kita terpaksa beli. Maka semakin ketaralah perbezaan antar dua drajat, si miskin dan si kaya.

Diharap pihak kerajaan ada tindakan susulan, agar rakyat tidak terus di tindas begini. Sentiasa wujud ketidakadilan.Situasi ini perlu dibendung agar nasib rakyat yang tak berkemampuan tidak teranianya.



KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat laporan beberapa blog yang mendakwa ada pasar raya meminta senarai tangga gaji baru penjawat awam di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Abd Rahman berkata berdasarkan maklumat pada blog terbabit, perkara itu mungkin dilakukan bagi tujuan menaikkan harga barang.

Jika ini berlaku, tidak ada gunanya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam kerana mereka tidak mendapat faedah daripada pelarasan gaji di bawah SBPA itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang berbuat demikian.

"Jadi kita minta kerajaan terus jalankan pemantauan dan kalau ada peniaga yang menaikkan harga secara melampau ambil tindakan ikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.