4/12/11

Filled Under: , , ,

Syella: Nafi Kahwin Dengan Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Penyanyi Syella Kamarudin menafikan telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata, suaminya “lebih muda dan tegap.”

“Memang foto lelaki yang tersebar di Internet itu suami saya tetapi bukan Musa Hassan.

“Wajah suami saya jauh berbeza daripada dia, suami saya lebih muda dan tegap,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Penyanyi yang pernah dikenali dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu juga berkata, dia tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami.

“Dan, saya tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami biarpun orang cakap, saya tidak mahu ambil tahu. “Cukup saya katakan saya bahagia dengan pernikahan kami dan apa juga akan berlaku selepas ini saya serahkan kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

“Saya tidak perlu takut dengan persepsi orang ramai kerana tidak berbuat salah.

“Saya tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan sesiapa, jadi mengapa masih mahu ambil tahu?” kata Syella.

Syella, 26, juga enggan mengesahkan statusnya sama ada hidup bermadu atau sebaliknya kerana di sisi Tuhan, dia isteri yang sah kepada lelaki berkenaan.

Malah dia juga hairan mengapa orang ramai berterusan mempertikai pernikahannya sedangkan dia dan suami melakukan perkara yang mulia di sisi Islam.

“Saya tidak menganiaya sesiapa, jadi mengapa perlu orang lain dengki? Saya melakukan ibadah, sepatutnya diberi galakan dan dorongan bukan mencungkil satu satu demi satu perkara untuk dijadikan kontroversi,” kata beliau lagi.

Syella menyoal, “apa sebenarnya yang orang lain mahu?” “Tak usahlah terus mengembar-gembur pernikahan saya, ia tidak akan mengubah pendirian saya dan suami,” kata beliau lagi.

“Hentikanlah membuat spekulasi siapa dia kerana ia cuma mengundang dosa. “Saya kasihan apabila orang lain yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa diheret sama dalam hal ini,” katanya lagi.


Laporan media semalam memetik Musa berkata beliau menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Syella baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Musa, 60, berkata segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.
“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.