21/12/11

Filled Under: , , ,

Note Baru Ringgit Malaysia | RM20 Dah Ada Semula

Bank Negara Malaysia akan menperkenalkan not baru bagi Ringgit Malaysia, bermula pada julai 2012 . Namum pada kali ini BNM akan mewujudkan semula not bagi RM20 yang mana sebelum ini telah dihapuskan.



Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh BNM. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.