Walaupun laman sosial hari ini lebih banyak keburukkan daripada kebaikan. Namum sedar atau tidak baik atau buruk sesuatu perkara adalah datang daripada diri kita sendiri. Jika digunakan secara positif maka baiklah sesutu perkara itu. Setiap benda atau perkara di dunia ini sememangnya ada pro dan kontrannya. Sesuatu yang buruk itu datang daripada kita, sebagai contohnya pisau, jika kita salahgunakannya, maka kita akan jadi pembunuh, ia bergantung kepada kita untuk gunakannya ke arah mana satu. Ada dua jalan kebaikan atau keburukan.
SALT LAKE CITY: Seorang wanita dan anaknya berjaya dibebaskan daripada tebusan selama lima hari selepas mengirim pos dalam Facebook.
Jurucakap polis Utah, Jon Arnold, berkata wanita terbabit bersembunyi dalam almari bersama komputer riba untuk menghantar mesej meminta bantuan melalui laman sesawang sosial itu.
Melalui pos berkenaan, katanya, wanita terbabit mendakwa dia dan bayinya yang berusia 17 bulan “akan mati menjelang pagi” jika tidak diselamatkan.
“Mesej itu mendorong seseorang menghubungi polis yang kemudian menyiasat di rumah mangsa,” katanya.
Arnold berkata, Facebook adalah satu-satunya cara mangsa berhubung dengan orang lain di luar rumahnya.
Polis kemudian menahan Reed Critchfield, 33, dan kini ditempatkan di penjara atas tuduhan menculik, memaksa sodomi serta pelbagai dakwaan lain. - AP
Sumber