10. Tembok Berlin – Jerman
Tembok ini berdiri kukuh di bandar Berlin selama 28 tahun, sebagai peringatan akan kejadian mengerikan semasa Perang Dingin. Tembok ini seolah-olah adalah bentuk nyata dari "Tirai Besi". Tembok ini berdiri mulai tahun 1921 sehingga 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok ini sebagai tindakan nyata dari berakhirnya Perang Dingin. November 2009 ini adalah perayaan 20 tahun berakhirnya kuasa "teguh" tembok pemisah ini.
9. Tembok Kremlin – Moskwa
Tembok dari bata merah ini sudah berdiri selama 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1.4 batu dan mengelilingi Gelanggang Merah. Ada empat pintu gerbang dari zaman abad pertengahan yang masih berdiri kukuh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini. Di dalam tembok ini terdapat mausoleum tempat bersemayamnya jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin dan Brezhnev.
8. Tembok Barat – Yerusalem
Tembok yang dikenali juga dengan nama Tembok Ratapan ini, mempunyai pelbagai sejarah yang unik. Sementara umat Yahudi menganggap bahawa tembok ini adalah tembok untuk meratapi kehancuran Sinagog Yahudi.
7. Tzompantli – Mexico
Di runtuhan Chichen Itza, anda akan menjumpai tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak. Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak mangsa ritual diletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan relief-relief tengkorak dan juga pelbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.
Tembok ini dibina pada abad ke dua kerana maharaja Rom pada ketika itu, Hadrian, sudah bosan berperang. Tembok yang dibina terbentang dari Laut Utara sampai ke Laut Ireland dan pada ketika itu, tembok tersebut merupakan batas dari empayar Rom.
5. Medinet Habu – Mesir
Tembok yang dikenali sebagai Medinet Habu ini adalah tembok terakhir yang berdiri di Kuil bersemayamnya Ramsses III. Tembok ini dibina pada abad 12 SM. Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki (hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75.000 kaki persegi hiasan dan relief sejarah.
4. Tembok Besar- China
Pembinaan tembok ini bermula pada tahun 221 SM dan terus berkembang sampai 17 Abad. Tembok yang baru ditemui "serpihan" yang selama ini tersembunyi ini akhirnya mempunyai panjang 4.000 batu. Sebahagian besar tembok ini pernah digunakan oleh para atlet perlumbaan basikal selama Sukan Olimpik Musim panas 2008.
3. Santa Maria delle Grazie – Italia
Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai Lukisan "Makan Malam Terakhir" karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan "Makan Malam Terakhir" ini diselesaikan pada 1498. Walaupun sebahagian besar tembok biara ini hancur pada tahun 1943, tapi tembok yang satu ini sama sekali tidak terusik.
2. Green Monster – Boston
Para pecinta Sukan tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada 1934 karena kebakaran, kembali ditegakkan dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibangun dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi Papan angka model kuno, sebagai menperingati tragedi lampau.
1. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS
Tembok yang ini memang bukan tembok yang tertua, tapi sekurang-kurangnya tembok ini selalu dikunjungi ramai orang setiap tahun. Tembok ini selesai dibina pada 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 tentera Amerika yang gugur atau hilang semasa operasi di Vietnam pada 1959 sampai 1975. Beberapa tembok menyeronokkan, beberapa yang lain mempesona, bahkan membuat kita bertanya-tanya, tapi sekurang-kurangnya, apa-apa yang anda rasakan ketika melawat tembok ini, sekurang-kurangnya lawatan itu tidak akan dilupakan begitu sahaja.