Apa itu 'Keldai dadah'?
'Keldai dadah' merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.
Taktik?
Bekalan dadah diambil dari Argentina dan Sepanyol dan diseludupkan ke negara ketiga. Kos membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah. Hukuman hanya dipenjara 8 tahun di Peru , berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Mereka menggunakan dokumen dan pasport sah dengan alasan melancong , bekerja di luar negara atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran percutian percuma .Sindiket akan memberi tiket sehala, menggunakan penerbangan terus ke negara transit. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar kemewahan.
Antara Kes 'Keldai Dadah'
- Rasundiri a/p Ganapathi ditahan di Itali.
- Wanita keturunan India berusia 20-an ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid, kerana sindiket dadah antarabangsa memaksanya menelan 100 kapsul kokain ke Sepanyol.
- Wanita 24 tahun dari Klang, Selangor yang ditahan ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid sejak 21 Mac 2008 kerana cuba menyeludup kokain dari Brazil.
- Pada 26 Ogos 2009, seorang wanita Filipina, bekerja di China sebagai orang gaji, terbang dari Bangkok dan transit di KLIA sebelum ke Johannesburg (Afrika Selatan), kemudian ke Lima, Peru untuk mengambil bekalan dadah sebelum tinggal di Buenos Aires (Argentina) selama seminggu. Wanita itu ditahan di Hentian Puduraya. Bagasinya mempunyai dadah 5 kg , yang telah dicairkan dan dikeringkan pada baju-baju. Dia dibayar upah AS$3,000 oleh sindiket warga Afrika.
- Pada 7 September 2009, Wanita Thailand ditahan di Hentian Puduraya kerana membawa 2 kg kokain dalam dua bingkai gambar. Ketua Bahagian Narkotik, Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang menyatakan wanita itu ditahan ketika menaiki bas menuju ke Haadyai, Thailand.
- Pada 24 Ogos 2009, Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay mengesahkan 4 rakyat Malaysia di tahan di penjara Peru kerana menjadi keldai dadah.
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kira-kira 1,900 rakyat Malaysia meringkuk dalam penjara di luar negara akibat dijadikan keldai dadah.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 270 mangsa ditahan di Thailand dan 200 (Singapura).
Menurutnya, hampir 25 peratus daripada mereka yang terpedaya dalam sindiket itu adalah golongan wanita.
"Perkara ini cukup merisaukan kita kerana kebanyakan mereka yang menjadi mangsa adalah daripada kalangan terpelajar dan tidak kurang juga graduan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pendidikan kepada 100 murid dan pelajar kurang berkemampuan Bahagian Gombak anjuran bersama Parti Gerakan, Kelab Anak Malaysia dan Magnum Corporation.
Tambah Kohilan, berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri mendapati sebahagian besar mangsa yang dijadikan keldai dadah itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Ini bermakna sindiket yang berkaitan bergerak secara profesional dan bijak bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu oleh pihak penguat kuasa," ujarnya.
Mereka yang menjadi mangsa pula, katanya, adalah dalam kategori usia antara 20 hingga 35 tahun. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan rendah.
Beliau juga menyatakan kebimbangan kerana dengan adanya rangkaian laman sosial Facebook pergerakan sindiket itu menjadi lebih rancak kerana Malaysia mempunyai antara jumlah pengguna Internet yang tertinggi.