9/12/11

Filled Under: , , ,

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011


Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari lamanweb www.angkasa.gov.my/planetarium.

- Bernama

 Waktu Malaysia

bulan memasuki bayang penumbra : 2011 Dec 10 7:31:37 malam
bulan memasuki bayang umbra : 2011 Dec 10 8:45:11 malam
bermula gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:05:29 malam
kemuncak gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:31:36 malam
berakhir gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:57:45 malam
bulan menjauhi umbra : 2011 Dec 11 12:18:04 pagi
bulan menjauhi penumbra: 2011 Dec 11 1:31:30 pagi

Apa perbezaan umbra dan penumbra :-

Kedua duanya basically merupakan bayang bayang yang terhasil, perbezaannya ialah umbra adalah bayang2 yang boleh kita nampak menggunakan mata kasar seterusnya ia akan terhasil bayang di bulan pada malam tersebut, pastu penumbra macam mana lak..ah ha mmg boleh nampak tapi kadar kecerahan atau brightness terlampau sedikit sebaiknya ahli astronomi kurang hendak menengok benda ni..jadi layan umbra sahajalah ok....

Perlu benda apa2 tak rosak mata tak?

Jangan bimbang gerhana pada 10 december tidak merosakkan mata sbb berlaku pada waktu malam atau maksud lain bayang2 jatuh pada bulan dan kita semua dapat menyaksikannya.

Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf

Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

Cara mengerjakan Solat Sunat Khusuf -> Klik SINI