25/12/11

Filled Under: , , , , ,

Fakta dari PDRM | Penipuan Internet

Penipuan Internet kini seakan menjadi trend dikalangan mereka yang suka mengambil kesempatan mengaut untung secara mudah. Padahal segala kemudahan jual beli di internet diwujudkan supaya segala urusan mudah dan cepat. Namum ada juga segelintir yang ekploitasikannya secara tidak sihat. Tidak sedarkah mereka sedang makan duit secara haram.

Mengikut laporan PDRM sejak Januari 2011 hingga Oktober 2011, sebanyak 1,009 kes telah dilaporkan melibatkan transaksi jual beli 'online' yang menggunakan kemudahan 'Mudah.my'.  Kesemua kes telah melibatkan kerugian sebanyak RM 1.7 juta.

Secara tidak langsung akan memudarkan kepercayaan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan jual beli di internet. Wujud mereka ini akan juga mengakibatkan mereka yang berniaga secara jujur turut akan menerima kesan.