31/12/11

, , ,

Hari Kiamat 2012


ان الـساعة لأتية لا ريب فيـها ولـكن أكـثر الـناس لا يؤمنون

Maksudnya:

“ Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang , tidak ada keraguan. Padanya , akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman “
( surah al-Ghafir ayat 59)


Heboh di perkatakan tentang tahun yang bakal menjelma, 2012. Cerita yang penuh misteri dan tanda tanya. Ada yang cuba menwar-warkan dengan filem tentang Hari Pengakhiran ini. Namum benarkah apa yang diceritakan dunia, Kiamat 2012?


ERTI KIAMAT

Dari segi bahasa - Bermaksud kebangkitan

Dari segi Istilah – Hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.



Bahagian Kiamat

1. Kiamat Sughra ( kecil ) – Kematian seseorang

2. Kiamat Kubra ( besar ) – Kemusnahan dan kehancuran seluruh alam


Sememangnya adalah wajib kita sebagai umat Islam untuk beriman dan percaya kepada Hari Kiamat. Namum tarikh dan bilakah masanya akan berlakunya Hari Kiamat adalah rahsia Allah s.w.t. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah tarikhnya. Jadi untuk apalah kita sebagai hamba yang kerdil ini untuk menelah atau meramal tarikh Hari Kiamat. Itu adalah urusan tuhan dan urusan kita pula adalah menpersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kita tidak perlu risau atau bimbang tentang bilakah ia akan berlaku, tetapi apa yang sepatutnya kita risau adalah sudah cukup kah amalan kita untuk menghadapi Hari Pembalasan. Jangan kita terperdaya dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba melekakan kita dengan perkara sebegini, dan melalaikan umat Islam daripada jalan kebenaran yang sebenarnya. Padahal ada perkara yang lebih penting daripada kita asyik sibuk berfikir bilakah tarikh Hari Kiamat.
, , ,

MyKad Baru Tahun Depan


PUTRAJAYA, 30 Dis -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini.

Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.

"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya.
, , ,

Tv LED : Pengguna Malaysia Tertipu, Hanya Ada Di Jepun


Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh , Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
, ,

Hari - Hari Terakhir Seorang Blogger 2011


As-Salam, sampai sudah waktunya untuk kita berpisah. Masa yang berlalu begitu pantas. Semuanya terasa bagai sekelip mata. Kini tiba jua waktunya. Perpisahan yang bukan kemahuan dan kehendak kita. Namum ianya takdir, anggaplah ianya sebagai lumrah dunia, kita bertemu dan berpisah......Apa kau mengarut nie SETAN!!!!...hehehe...layan jiwang la pulak pagi-pagi buta nie...

Sedar-sedar tak sedar kita kini sudah di penghujung tahun 2011. Setahun sudah berlalu, begitu banyak kenangan yang ditinggalkan, suka, duka, ketawa dan airmata. Semua sudah terbuku didalam diari memori kita. Kini hanya menunggu detik 12 malam 2012. Kita akan melangkah ke tahun baru, tahun yang penuh pengharapan. Tentunya diharapkan kearah yang lebih baik dari 2011.


, , , ,

5 Tips Untuk Perubahan Diri Secara Positif


Ada lima Tip untuk melakukan perubahan diri antaranya:

1. Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.

Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

2. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

4. Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.

Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

5. Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.

Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
, , ,

7 Perkara Tak Boleh Diubah Dalam Hidup

Kita lahir kedunia ini, sudah ada ketetapan dan ketentuan yang Allah s.w.t. rencanakan untuk kita. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah jalani hidup ini seadanya. Ada hikmat disebalik semuanya, kerna sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk kita, walaupun bukan itu yang kita suka.

DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

1. Jenis kelamin dan jantina

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.


2. Ibu Bapa

Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun. Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka. Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


3. Hari kelahiran

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.


4. Bentuk Fizikal

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


5. Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


6. Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


7. Suku bangsa

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.


Namum begitu ada juga perkara yang perlu kita lakukan untuk merubah asalkan kearah kebaikan. Baca Entry seterusnya untuk tip melakukan perubahan diri menjadi insan yang lebih baik.....[LINK]

30/12/11

, , ,

7 Tips Menguatkan Otak Berfikir Lebih Cepat


Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dos EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.


2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah ;)

6. Berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.

29/12/11

, , , , ,

SBPA | Gaji Naik Barang Pun Naik

Ibarat ombak dan pantai, isi dan kuku. Bila ada sahaja kenaikan gaji kakitangan awam, mulalah timbul pulak isu kenaikan barang. Belum sempat orang nak merasa gaji baru, ada khabar angin mengatakan ada pasar raya sudah mula menkaji kadar kenaikan harga barang.

Jika situasi ini berlaku apalah guna ada kenaikan gaji, jika kuasa menbeli orang ramai masih sama. Macam tiada perubahan. Janganlah difikirkan pasal kenaikan gaaji kakitangan awam sahaja, bagaimana pula nasib orang awam yang lain, para petani dan makcik-makcik dikampung, mereka tak sign SBPA pun.

Sudah-sudah lah asyik nak cekik darah rakyat biasa, Memaglah kuasa dan hak membeli ada ditangan pengguna, tetapi jika harga barang yang dinaikkan adalah keperluan asas, nak atau tidak kita terpaksa beli. Maka semakin ketaralah perbezaan antar dua drajat, si miskin dan si kaya.

Diharap pihak kerajaan ada tindakan susulan, agar rakyat tidak terus di tindas begini. Sentiasa wujud ketidakadilan.Situasi ini perlu dibendung agar nasib rakyat yang tak berkemampuan tidak teranianya.



KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat laporan beberapa blog yang mendakwa ada pasar raya meminta senarai tangga gaji baru penjawat awam di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Abd Rahman berkata berdasarkan maklumat pada blog terbabit, perkara itu mungkin dilakukan bagi tujuan menaikkan harga barang.

Jika ini berlaku, tidak ada gunanya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam kerana mereka tidak mendapat faedah daripada pelarasan gaji di bawah SBPA itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang berbuat demikian.

"Jadi kita minta kerajaan terus jalankan pemantauan dan kalau ada peniaga yang menaikkan harga secara melampau ambil tindakan ikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.
, ,

Countdown 2012 : Bersama Zizan RL, Uz.Azhar Idrus


Sedar tak sedar setahun sudah berlalu, 2011 sudah hampir meninggalkan kita. 2012 pula akan menjelma, segala kenangan 2011 hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Semoga tahun baru dengan azam, akan bertambah rezeki dan yang pasti yang paling tak best umur pun dah meningkat...TAK NAK!!!!

Kalau cerita je pasal tahun baru pasti tak sah kalau xde countdown, mesti kena ada bunga api, pergi celebrate kat Dataran Merdeka. Tetapi kali ini lain pula ceritanya, mungkin sesuatu yang baru dan sepatutnya sudah lama ia di lakukan. Countdown 2012 bersama Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus.

Sememangnya menberikan kelainan program sambutan tahun baru ini, yang biasanya kita sajikan dengan persembahan artis terkenal dan bunga api, tapi kali ini lebih beunsurkan keagamaan. Satu percubaan yang menarik dan tak pernah kita buat.Ia bukan sekadar program hiburan yang melalaikan semata-mata.

Selain Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus, turut memeriahkan lagi program ini ialah Sham Kamikaze, IM Ashraff dan Shahir AF.


28/12/11

, , , , ,

Mangsa Tebusan Guna Facebook


Walaupun laman sosial hari ini lebih banyak keburukkan daripada kebaikan. Namum sedar atau tidak baik atau buruk sesuatu perkara adalah datang daripada diri kita sendiri. Jika digunakan secara positif maka baiklah sesutu perkara itu. Setiap benda atau perkara di dunia ini sememangnya ada pro dan kontrannya. Sesuatu yang buruk itu datang daripada kita, sebagai contohnya pisau, jika kita salahgunakannya, maka kita akan jadi pembunuh, ia bergantung kepada kita untuk gunakannya ke arah mana satu. Ada dua jalan kebaikan atau keburukan.

SALT LAKE CITY: Seorang wanita dan anaknya berjaya dibebaskan daripada tebusan selama lima hari selepas mengirim pos dalam Facebook.

Jurucakap polis Utah, Jon Arnold, berkata wanita terbabit bersembunyi dalam almari bersama komputer riba untuk menghantar mesej meminta bantuan melalui laman sesawang sosial itu.

Melalui pos berkenaan, katanya, wanita terbabit mendakwa dia dan bayinya yang berusia 17 bulan “akan mati menjelang pagi” jika tidak diselamatkan.

“Mesej itu mendorong seseorang menghubungi polis yang kemudian menyiasat di rumah mangsa,” katanya.

Arnold berkata, Facebook adalah satu-satunya cara mangsa berhubung dengan orang lain di luar rumahnya.

Polis kemudian menahan Reed Critchfield, 33, dan kini ditempatkan di penjara atas tuduhan menculik, memaksa sodomi serta pelbagai dakwaan lain. - AP

Sumber

25/12/11

, , , , , , ,

Tip Elak Ditipu Di Internet Semasa Jual Beli

 Sejak kebelakangan ini kita sering baca atau mendengar berita pasal pelanggan ditipu di internet. Sepatutnya kita sebagai pelanggan harus selalu peka. Sebenarnya punca utama juga adalah sikap kita sendiri yang cuai atau lalai semasa urusan jual beli ini. Jadi sebagai langkah-langkah berjaga-jaga sebelum menbeli barang di internet, lebih baik kita beringat sebelum kena.


1. Pastikan ada nombor telepon sebelum membeli, terus call dan tanya sendiri dengan penjual. Biar urusan jual beli kita itu telus dan kita boleh tanya sendiri keadaan barang yang ingin kita beli itu.


2. SMS pemilik kedai online, tengok ada reply atau tak. Tetapi selalunya iklan dekat mudah.my, ramai penjual yang tidak suka melayan SMS, jadi adalah lebih elok atau berkesan kita cll terus je dengan penjula tadi.

3. Melakukan carian di search engine seperti di laman web carian terkenal iaitu google.com. Caranya adalah:

Sebagai contoh:
Nama penjual tersebut ialah Mohd Rizan Bin Mohd Aman (sebagai contoh sahaja).Taipkan nama tersebut pada enjin carian dan cuba dapatkan hasilnya. Anda juga boleh gandingkan nama tersebut dengan kata kunci lain seperti penipu atau scammer dan beberapa keyword lain yang mungkin relevan untuk mendapatkan variasi keputusan daripada hasil carian tersebut.
, , , , ,

Fakta dari PDRM | Penipuan Internet

Penipuan Internet kini seakan menjadi trend dikalangan mereka yang suka mengambil kesempatan mengaut untung secara mudah. Padahal segala kemudahan jual beli di internet diwujudkan supaya segala urusan mudah dan cepat. Namum ada juga segelintir yang ekploitasikannya secara tidak sihat. Tidak sedarkah mereka sedang makan duit secara haram.

Mengikut laporan PDRM sejak Januari 2011 hingga Oktober 2011, sebanyak 1,009 kes telah dilaporkan melibatkan transaksi jual beli 'online' yang menggunakan kemudahan 'Mudah.my'.  Kesemua kes telah melibatkan kerugian sebanyak RM 1.7 juta.

Secara tidak langsung akan memudarkan kepercayaan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan jual beli di internet. Wujud mereka ini akan juga mengakibatkan mereka yang berniaga secara jujur turut akan menerima kesan.



, , , , ,

Hantu Kak Limah Merasuk Di Marang


Hantu Kak Limah udah balik rumah. Apa nie Kak Limah dah buat hal balik, takkan dia nak mengamuk sebab xdapat payment tuk filem Hantu Kak Limah Balik Umah, dia nak mengamuk pula kacau orang kampung. Hmmm...tak tau la nak cakap, betul ke idak nie...takkan la watak dalam filem bleh keluar ke dunia yang nayat... tak tau la kalau Abang Mamat Khalid saje nak bikin gempak nak buat filem baru...hehehe
MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...-limah-1.14542

24/12/11

, , , ,

Petua Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyak istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa


4. Sentiasa ingat Allah

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berbagi-bagi kekayaan dengan org memerlukan

11 . Menjalin silaturrahim

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim:7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal
, , ,

Pengguna Internet Amerika Mudah Tertipu

Tidak dinafikan kehidupan hari ini tidak dapat dipisahkan dengan internet. Segala urusan dengan mudah dan cepat hanya dilakukan dihujung jari. Begitu juglah mudahnya para SCAMMER, menipu atau memanipulasi dunia teknologi ini untuk mengaut untung. Mereka menpergunakan sifat kelemahan utama manusia untuk menipu sesiapa yang mudah terpedaya dengan apa sahaja tawaran yang menarik dan memukau kalbu. Tak sangka dinegara maju seperti Amerika pun ada juga rakyat mereka yang senang di tipu..he3


SAN FRANCISCO: Pengguna internet di Amerika Syarikat senang terpedaya dengan penipuan internet, dan selalunya apabila ada tawaran untuk memenangi hadiah peralatan elektronik terbaru seperti komputer tablet, menurut laporan kajian yang dikeluarkan, semalam.

Lebih daripada separuh yang ditanya dalam kajian Ponemon yang disokong oleh sebuah firma keselamatan internet, PC Tools, mendapati mereka akan mendedahkan nombor telefon bimbit, alamat e-mel atau maklumat lain apabila mereka diberitahu akan memenangi hadiah tanpa perlu berbuat apa-apa.

“Walaupun dalam keadaan mereka tahu yang perkara itu terlalu mustahil, mereka tetap terpedaya,” kata Pengurus Kanan Strategi Internet, PC Tools, Eric Klein.

“Saya tak tahu macam mana pengguna boleh terpedaya,” tambahnya lagi.

Penyangak siber sudah lama mengeksploitasikan sifat semula jadi manusia dengan penipuan yang berlandaskan pengetahuan ‘pengendalian sosial’ untuk orang ramai mendedahkan rahsia mereka seperti kata laluan atau secara tidak sengaja memasukkan virus komputer.

Manipulasi yang dilakukan berbeza, seperti memberitahu pengguna nama mereka dimasukkan dalam peraduan untuk memenangi hadiah selepas menyertai kajian atau cuba membuat mereka membuka fail perangkap yang mengandungi imej seksi.

“Jelas daripada keputusan kajian, ancaman penipuan ini masih dipandang rendah,” kata penyelidik Institut Ponemon. - AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

23/12/11

, , ,

10 Peristiwa Sejarah Yang Dilupakan Dunia

 10. Cahokia - Amerika yang dilupakan di Rom


Cahokia Mounds State Historic Site adalah wilayah dimana bandar kuno (abad 600-1400 M) berhampiran Collinsville, Illinois.

Ia adalah tapak arkeologi terbesar berkaitan dengan budaya Mississippian, yang dikembangkan masyarakat maju di Amerika Utara tengah dan timur, dimulai lebih dari lima abad sebelum Kedatangan orang Eropah.

Ia juga adalah National Historic Landmark dan tapak yang dimasukkan dalam perlindungan negara. Selain itu, ini adalah salah satu dari hanya dua puluh Tapak Warisan Dunia di wilayah Amerika Syarikat. Ini adalah Pembinaan tanah prasejarah terbesar di Amerika utara Mexico. Hal ini juga rumah bagi Struktur kayu yang Appear identik dengan fungsi Stonehenge.


Pada titik tinggi perkembangannya, Cahokia adalah bandar yang terbesar di utara pusat bandar Meso-Amerika besar di Mexico.

Walaupun itu menjadi kediaman untuk hanya daripada 1,000 orang sebelum tahun 1050, penduduknya tumbuh meledak selepas tarikh tersebut. Kajian arkeologi menganggarkan kira-kira penduduk bandar di antara 8.000 dan 40.000 pada puncaknya, dengan lebih banyak orang yang tinggal di desa-desa pertanian terpencil yang menyediakan pusat bandar utama.Pada 1250, penduduknya lebih besar dari London, Inggeris.

Jika anggaran populasi tertinggi benar, Cahokia lebih besar berbanding bandar-bandar seterusnya di Amerika Syarikat, hingga sekitar tahun 1800, ketika penduduk Philadelphia tumbuh melampaui 40.000.


9. Kapal Sultana - Bencana yang dilupakan


Kapal wap Sultana adalah paddlewheeler Sungai Mississippi, musnah dalam sebuah letupan pada tarikh 27 April 1865. Hal ini mengakibatkan bencana maritim terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Dianggarkan kira-kira 1.800 dari 2.400 penumpang terkorban ketika salah satu daripada empat kapal boiler meletup, dan Sultana tenggelam tidak jauh dari Memphis, Tennessee.

Punca bencana ini sebahagian besar dilupakan oleh sejarah adalah kerana berlaku akan selepas pembunuhan Presiden Abraham Lincoln, dan selama seminggu Perang Saudara.

Sebahagian besar penumpang baru adalah tentera Union, terutama dari Ohio yang baru sahaja dibebaskan dari kem penjara Gabungan seperti Cahawba dan Andersonville.

Kerajaan AS telah menggunakan Sultana untuk mengangkut bekas banduan perang pulang ke rumah masing-masing. Menyebabkan letupan dandang bocor dan lapuk dan tidak dibaiki.
Dandang (atau "boiler") meledak jam Kapal melaju 7 sampai 9 juta ke utara Memphis pukul 2,00 pagi di sebuah Mike Dahsyat yang menghantar beberapa penumpang di dek ke dalam udara dan menghancurkan sebagian Kapal.

Batu Bara panas menyebar oleh Mike segera mengubah superstruktur tersisa menjadi neraka, sorotan yang dapat dilihat di Memphis.


8. Ziryab - Hamba yang merubah Masyarakat

Ziryab (789-857 Masihi) adalah polymath Parsi: penyair, pemuzik, penyanyi, kecantikan, pereka fesyen, selebriti, trend, strategi, ahli astronomi, ahli botani, geografi dan bekas hamba.

Kebanyakan orang tidak pernah mendengar tentang Ziryab, namun sekurang-kurangnya dua inovasinya tetap digunakan sampai hari ini: ia memperkenalkan gagasan tentang hidangan tiga (sup, hidangan utama, puding) dan ia memperkenalkan penggunaan kristal untuk gelas minum (sebelumnya logam merupakan bahan utama).

Dia memperkenalkan asparagus dan sayur-sayuran lain ke dalam masyarakat, dan membuat perubahan yang signifikan dan penambahan pada dunia muzik. Dia mempunyai ramai anak, yang semuanya menjadi pemuzik, dan menyebar warisannya seluruh Eropah. Dia mungkin boleh dianggap sebagai Bach kuno.
Senarai perubahan sosial Ziryab dibuat sangat besar - ia mempopularkan rambut pendek dan pencukur untuk lelaki, dan memakai pakaian yang berbeza mengikut musim.

Dia mencipta ubat gigi yang menpunyai rasa yang enak yang membantu kebersihan peribadi (dan umur panjang) di kawasan tersebut, dan juga mencari sebuah deodoran ketiak. Dia juga mempromosikan mandi dua kali sehari.


7. Peshtigo - Kebakaran di Hutan


Kebanyakan orang membaca ini akan terbiasa dengan Great Chicago Fire yang mengorbankan beratus-ratus dan menghancurkan 4 batu persegi dari Chicago, Illinois.

Namun, kebanyakan orang tidak tahu bahawa pada hari yang sama api yang jauh lebih buruk berlaku, di Peshtigo, Wisconsin.8 Oktober 1871, Kebakaran di Peshtigo, Wisconsin, adalah kebakaran yang menyebabkan kematian yang banyak oleh api dalam sejarah Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama dengan Peshtigo dan kebakaran Chicago, bandar Belanda dan Manistee, Michigan, di Tasik Michigan, juga dibakar, dan nasib yang sama menimpa Port Huron di hujung selatan Tasik Huron.

Pada saat itu berakhir, 1.875 batu persegi hutan telah digunakan dan dua belas komuniti masyarakat hancur. Antara 1.200 dan 2.500 orang dianggarkan telah kehilangan kehidupan mereka.

Api itu begitu kuat itu melonjak beberapa batu di atas perairan Green Bay, dan bahagian-bahagian yang terbakar dari pintu Semenanjung, dan melompat ke Sungai Peshtigo sendiri untuk membakar di kedua-dua belah bandar.

Saksi melaporkan bahawa badai yang dihasilkan angin puting beliung yang melemparkan kereta rel dan rumah ke udara.

Banyak yang selamat dari badai yang melarikan diri dari api dengan membenamkan diri dalam Peshtigo Sungai, telaga, atau kubangan lain. namun Beberapa tenggelam sementara yang lain menyerah kerana hipotermia di sungai sejuk.


6. Gil Eanes - Passing Point of No Return

Nama Gil Eannes hampir mengingatkan kita pada pekakas rumah, dan juga dari tempat yang berkaitan dengan pengembara Portugis, Cape Bojador. Eannes juga tidak benar-benar mencari tanjung ini: tempat itu telah diketahui selama bertahun-tahun.

Untuk pengembara masa Eannes 's, Bojador mewakili sebuah penghalang unbreachable, titik yang tidak kembali, dan itu adalah pencapaian pahlawan ini enggan untuk lulus bahawa batas tak terlihat, tahun 1434.

Dengan demikian, dia membuka kawasan baru, tidak hanya di darat tetapi di dalam fikiran, dan dengan demikian mungkin zaman keemasan eksplorasi Portugis, dengan segala kemuliaan dan kengerian.

Pada saat itu kebijaksanaan konvensional menyatakan bahawa Matahari yang panas di khatulistiwa. Jadi, bahkan jika sebuah kapal boleh melalui Cape Bojador, Matahari khatulistiwa akhirnya akan membakarnya menjadi serbuk.

Selanjutnya, kapal entah bagaimana berjaya melepasi semua bahaya lain, awak akan yang kerana bertemu monster yang tak terkatakan di kawasan sub-khatulistiwa yang dikenali sebagai Antipodes.

Dengan memiliki keberanian untuk mempertaruhkan nyawanya (akibatnya membuka dunia baru,) Eanes secara menjadi pelopor pada pelayaran bangsa-bangsa Eropah untuk masa - masa selanjutnya. Dia, juga akan disalahkan kerana akan menjadi pelopor perkembangan masa - masa perhambaan di Eropah



5. Joseph Warren - Bapa Revolusi

Joseph Warren (1741-1775 M) dianggap oleh ramai orang pada masanya sebagai arkitek sebenarnya dari Revolusi Amerika.

Dia adalah tokoh utama dalam salah satu pihak yang paling terkenal dalam sejarah Boston Tea Party.

Beliau menulis satu set ketetapan yang berfungsi sebagai Blueprint bagi kerajaan autonomi Amerika yang pertama. Ia menyampaikan pidato yang mencetuskan pertempuran pertama Perang Revolusi. Ia mengutus Paul Revere keluar di salah satu wahana sejarah yang paling terkenal.

Dia adalah pemimpin Patriot, sebelum Perisytiharan Kemerdekaan, untuk mempertaruhkan nyawanya melawan Inggeris pada Battlefield (Sandler 55). Dan, sungguh, ia telah banyak hilang dari sejarah. Ia dikelilingi oleh nama-nama yang sangat terkenal dari sejarah Kemerdekaan Amerika, namun namanya sendiri hampir tidak pernah kita dengar hari ini.

Menariknya, saudaranya juga mengasaskan Harvard Medical School, dan empat belas Nagara bahagian di Amerika Syarikat mempunyai nama County Warren.


4. George de La Tour - The Forgotten Masterpiece 

Georges de La Tour (13 Mac 1593, Vic-sur-Seille, Moselle - 30 Januari 1652, Luneville) adalah seorang pelukis, yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya bekerja di Kadipaten Lorraine, (yang diserap ke Perancis antara 1641 dan 1648,) sepanjang hidupnya.

Beliau melukis adegan kebanyakannya berkaitan dengan agama diterangi oleh cahaya lilin. Selepas berabad lamanya kekaburan lahir selepas kematiannya, pada abad ke-20, beliau menjadi salah satu yang paling sangat dihormati oleh artis-artis Perancis Baroque abad ke-17.

Beliau dikenali sebagai Pelukis untuk Raja (Perancis), dan dianggap sebagai salah satu seniman terbesar. Sangat sedikit sekali di antara karya-karya beliau yang selamat dan sebab-sebab yang tidak diketahui, namun hasil usaha Hermann Voss, seorang sarjana Jerman, pada tahun 1915 karyanya ditemui kembali.

3 . Latihan 'Harimau' - D-Day Penaklukan Normandy.
'Latihan harimau', atau 'Operasi Harimau', adalah nama kod untuk sebuah latihan skala penuh pada tahun 1944 untuk D-Day pencerobohan Normandy.

Semasa latihan, satu konvoi Sekutu diserang, mengakibatkan kematian 749 tentera Amerika. Kurangnya pengetahuan yang luas dari latihan ini adalah disengajakan (tidak seperti kebanyakan orang lain di dalam senarai ini).

Untuk menyembunyikan rasa malu yang besar dari kegagalan rasmi latihan perang ini, semua yang terlibat disumpah untuk tidak membocorkan rahsia ini sebelum pencerobohan yang sebenarnya.

Sepuluh pengawai hilang yang terlibat dalam latihan itu Bigot- Level clearance untuk D-Day, yang bererti bahawa mereka tahu rancangan pencerobohan dan boleh dikompromikan pencerobohan sekiranya mereka telah ditangkap hidup-hidup.

Sepuluh pegawai yang mengetahui pencerobohan ini hilang, dan rencana pencerobohan sesungguhnya hampir dibatalkan sampai tubuh ke sepuluh pegawai latihan ditemui.

Dengan sedikit sokongan atau tidak, dari angkatan bersenjata Amerika atau Inggeris, untuk apa-apa usaha untuk memulihkan tetap mendedikasikan peringatan untuk peristiwa itu, penduduk awam wilayah Devon dan small ken melakukan acara untuk memperingati peristiwa tersebut, setelah mengasaskan bukti-bukti selepas terdampar di pantai beachcombing pada awal tahun 1970.




2. Kereta Bawah Tanah Pertama Amerika

Pada tahun 1904, sistem kereta bawah tanah moden New York dibuka secara rasmi dan merubah bandar buat selama-lamanya. Tetapi apa yang kebanyakan orang tidak tahu bahawa ia bukan kereta bawah tanah pertama.

Kerana kesesakan yang mengerikan di Broadway, Alfred Ely Beach (pemilik muda dari majalah Scientific muda Amerika) disebut yang mempunyai idea - untuk membina kereta api bawah tanah, yang menggunakan kipas raksasa untuk menggalakkan dan menyedut railcar mundur dan maju melalui terowong.

Kerana rasuah pesuruhjaya pekerjaan umum, William Tweed, Beach perlu mendapatkan kelulusan untuk membina terowong itu dengan berpura-pura itu menjadi sebuah sistem penghantaran surat. Tweed (pendapatan yang sebahagian besar berasal dari pengangkutan bandar) tidak memveto permintaan.

Beach dan sekelompok kecil orang mula menggali terowong di bawah Broadway dalam gelap malam. Seluruh syarikat dirahsiakan, sebagai kotoran tersembunyi di ruangan bawah tanah sebuah bangunan dibeli Beach untuk tujuan itu.Pekerjaan berjalan dengan baik, tapi sesaat sebelum mereka boleh menyelesaikan baris pertama mereka mendapat angin dan disokong awam.

Pasukan Beach bekerja tambahan keras untuk menyelesaikan kereta api bawah tanah, dan dengan gaya yang mewah mereka membuka untuk umum kereta api bawah tanah pada tarikh 1 Mac 1870. Dia memungut dua puluh lima sen setiap penumpang untuk perjalanan dari Warren Street ke Murray Street. Ini adalah kejayaan besar - membawa lebih dari 400.000 penumpang pada tahun pertama beroperasi.

Malangnya Tweed sangat marah dan meneruskan sambungan masa depan kereta api bawah tanah. Tweed akhirnya dipenjara kerana rasuah, dan kebenaran diberikan untuk Beach untuk meneruskan kerja memperluaskan kereta api bawah tanah, tapi sayangnya pelabur peribadi cepat menghilang, kerana awal daripada krisis ekonomi.

Kereta bawah tanah yang belum selesai dan kekal tersembunyi di bawah bandar dimeteraikan (lengkap dengan kereta mewah dan jentera) sehingga ia telah digolongkan ke dalam Hall Station Kota.

Kereta api bawah tanah itu tidak dapat diselesaikan dan tetap tersembunyi di bawah bandar benar-benar tertutup (lengkap dengan kereta mewah dan mesin), sehingga dia dimasukkan ke City Hall Station sekarang. Ini adalah laluan kereta api bawah tanah di Google Maps.
  


1. House of Wisdom - Hilang dalam waktu



Rumah Kebijaksanaan adalah perpustakaan dan lembaga terjemahan di era-Abbassid, Baghdad, Iraq. Itu adalah institusi utama dalam Gerakan penterjemahan, dan dianggap telah menjadi pusat intelektual utama dari Zaman Keemasan Islam.

Rumah ini merupakan pusat yang gemilang untuk kajian Kemanusian dan bagi ilmu pengetahuan Islam, termasuk matematik Islam, astronomi Islam, perubatan Islam, alkimia Islam dan kimia, zoologi dan geografi Islam.

Membentangkan naskah Parsi, India dan Yunani termasuk Pythagoras, Plato, Aristotle, Hippocrates, Euclid, Plotinus, Galen, Sushruta, charaka, Aryabhata dan-Brahmagupta para ulama mengumpul kumpulan pengetahuan yang terbesar di dunia, dan dibina melalui penemuan mereka.

Seiring dengan semua perpustakaan lain di Baghdad, Rumah Kebijaksanaan dihancurkan selama pencerobohan Mongol di Baghdad, pada tahun 1258. Dikatakan bahawa perairan Sungai Tigris menjadi hitam selama enam bulan kerana dakwat dari sejumlah besar buku yang dilemparkan ke dalam sungai.

Jumlah pengetahuan yang hilang pada ketika itu tidak dapat digambarkan. Lebih mengejutkan kerana kebanyakan orang akan tahu pasal kemusnahan perpustakaan Alexandria, tapi tidak ramai yang tahu tentang hilangnya Rumah Ilmu Pengetahuan Terbesar di baghdad untuk era itu.