18/04/11

Filled Under:

Fenomena Usop Wilca

Nama : Syed Mohamad Asri
Tarikh Lahir : Rahsia la awok...hehehe...pergi la tny dia sndirik...hahaha...
Tetiba jer nama Usop Wilca menjadi bualan ramai ...hingga kan pelakon utama filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" pun tenggelam dek nama dia ni...huhu...hebat sangat ke dia ni...jom kita tengok...ce citew..ce citew

Jom baca sikit pasal dia nie...huhu



    * 1996 : Menerbit, mencipta dan menulis senikata untuk semua lagu-lagu di dalam album sendiri berjudul “Terasing Di Bumi Sendiri” yang mengandungi 10 buah lagu. Lagu “Terasing Di Bumi sendiri” terpilih menjadi lagu untuk kempen Aids/HIV dan kerap di mainkan klip video oleh RTM pada sekitar tahun 1997.

    * 1997 : Di lamar menjadi artis pertama di bawah payung Ambang Klasik (TV3)

    * Mula berlakun dalam drama terbitan TV3 sebagai pelakun undangan untuk drama “Doa untuk Ayah” di ikuti drama-drama dari pelbagai produksi antaranya “Dajal Suci”, “Abang We”, “Assalamulaikum YB”, “Dunia Baru” dan “Chinta” yang telah di tayangkan di TV3.

    * Dari sudut Filem pula, mula diperkenalkan oleh Mamat Khalid untuk filem ” Lang Buana” dan “Man Laksa” sebagai pelakun jemputan.

    * Filem “Zombi Kg. Pisang” telah mula membuka mata banyak pihak dengan lakunan bersahaja melalui watak Usop (bekas penari kebudayaan) yang mempunyai gaya lakunan tersendiri. Filem terakhir buat masa ini adalah “Hantu Kak Limah Balik Rumah” dengan memegang watak yang sama sebagai Usop tetapi kali ini watak ini telah dikembangkan dengan peranan lebih besar.

    * Beliau banyak menerima tawaran untuk berlakun dalam drama dan filem, tetapi terpaksa ditolak memandangkan komited dengan kerjaya bersama sebuah Organisasi Korporat yang terlibat dalam industri Minyak dan Gas (Tanjung Oil and Gas)

    * Sebelum bekerjaya tetap, beliau merupakan perunding bebas untuk banyak pihak dalam merancang dan menyusun strategi syarikat. Selain itu beliau juga melibatkan dalam aktiviti masyarakat sebagai kaunselor dan motivator untuk Kem- kem Remaja dan Belia.

    * Usop Wilca ni pon boleh nyanyi tau...SUARA SHY8 a.k.a USOP WILCA menyanyikan lagu Terasing di Bumi Sendiri. Sedap suara dia.

Ape-ape pon sblom tue..apa kata kita semua layan lagu Soley Soley ...sesiapa yang setuju angkat tangan macam Usop Wilca...hahaha

0 comments:

Catat Ulasan