2/10/11

Filled Under:

Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca hysteria

Filem seram kini seakan menjadi trend penerbit2 filem Malaysia untuk di tanyang di pawagam, mungkin disebabkan genre ini mudah menarik minat penonton untuk ke pawagam. Maaflah jika aku katakan mereka hanya mahu mengaut untung daripada genre ini, tanpa fikirkan apakan kesan kepada masyarakat.

Memanglah tak dinafikan, ada juga diselitkan unsur-unsur pengajaran didalam setiap cerita. Namum motif cerita itu sendiri sudah terpesong. Seakan pemikiran kita masih lagi seperti zaman dahulu kala, yang masih percaya kepada perkara2 tahayul dan mistik.

Malah ada yang lebih teruk apabila timbul isu terkini, dimana ada scene yang seakan menpersendakan Agama Islam. Seperti yang berlaku kepada filem Hantu Bonceng. Perkara yang sepatutnya dielakkan oleh pengarah2 dan penulis skrip, mereka seperti terlepas pandang dan biarkan perkara tersebut terjadi.

Bagi aku kenapa mereka suka sangat buat filem2 seram nie? Pengarah2 filem kat Malaysia sudah kering idea, alih2 filem seram jugak yang naik pecah panggung, macam dah takde genre lain lagi yang pengarah2 kat Malaysia ni nak buat. Padahal mutunya tak seberapa, kadang tengok hantu pun rasa nak gelak. Dah jalan cerita kurang menarik, so boring, olahan cerita kurang menarik. Kebanyakannya ulang perkara yang sama jer.

Senarai Filem2 Seram yang Akan Ditayangkan:

Al-Hijab, 06 Oktober 2011, Seram
Klip 3GP, 13 Oktober 2011, Seram, Misteri
Sumpahan Puaka, 20 Oktober 2011, Seram, Misteri, Keluarga
Alamak Toyol, 03 November 2011, Komedi, Seram
Suatu Malam Kubur Berasap, 22 Disember 2011, Komedi, Seram


KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.