11/04/13

Filled Under: ,

Well Worn Collection : Kasut Kotor ini Dijadikan Trend Terbaru Converse


Biasanya kita akan menunggu lama untuk kasut yang baru kita beli untuk nampak lusuh, baru nampak ragged beb! Namum kini Comverse datang dengan idea baru dimana mereka telah mengeluarkan sneakers yang sememangnay dibuat dan direka supaya nampak lusuh dan buruk. Antara selebriti yang sudah bergaya dengan kasut ini adalah Kristen Stewart, Rihanna dan Jessice Alba.


Converse sengaja menghasilkan koleksi ini yang nampak seperti kasut lama yang kotor. Kerana tidak mahu pembeli menunggu lama untuk kasut itu menjadi lusuh.

Kasut Well Worn Collection direka dari bahan yang nampak pudar, serta bahagian getah dan tapak kelihatan kotor.

Tali kasutnya juga dibuat nipis untuk meneri kesan lusuhnya. Kasut Converse ini hadir dalam tiga warna, iaitu pink, turquoise dan biru muda.

Kasut ini berada di pasaran mulai April 2013, dengan harga 55 poudsterling.

0 comments:

Catat Ulasan