Faber-Castell merupakan jenama alat tulis yang tidak asing bagi kita yang rajin menulis, lagi-lagi untuk budak-budak sekolah yang selalu guna pensil, pensil warna, ballpen dan lain-lain. Namum tahukah kita bahawa setiap tahun Facer-Castell akan mengeluarkan ballpen ekslusif yang harganya tak mampu lagi dibeli oleh budak sekolah.
Sejak dari tahun 2003 lagi Faber-Castell mengeluarkan produk yang digelar " Pen of the year" yang jumlahnya terhad.
"Pen of the year" tahun ini diperbuat daripada batu jed asli dari Russia. Produk ini hanya dibuat sebanyak 1761 unit sahaja untuk seluruh dunia. Angka 1761 adalah merujuk kepada tahun tertbuhnya Faber-Castell. Namum pada tahun-tahun yang sebelum ini produk ini dibuat lebih kurang 1200 unit setiap tahun di seluruh dunia.
Faber-Castell merupakan kilang pencil tertua dan terbesar di dunia. Setiap tahun mereka menghasilkan lebih kurang 2 million pensil.
0 comments:
Catat Ulasan