12/04/13

Filled Under: , ,

Kecoh : Wang Kertas Baru Sama Seperti 'Hell Money'


Dua tiga hari ini, tersebar di Facebook, malahan di blog-blog yang sibuk memuat naik perbandingan antara wang kertas terbaru yang secara rasimnya dikeluarkan pada 16 Julai yang lalu dengan wang kertas Cina atau Hell Money

Menurut laporan Melvister.com, duit Cina yang lebih dikenali sebagai Hell Money itu telah meniru rekaan wang kertas Malaysia yang terbaru setelah rekaan tersebut dipaparkan di dada-dada akhbar dan internet pada akhir tahun 2011. Rekaan wang kertas baru Malaysia itu juga telah pun direka sejak tahun 2005 lagi.

Oleh yang demikian, kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh syarikat yang mengeluarkan duit cina atau Hell Money terbabit untuk dibakar pada keraian kematian kaum Cina.

0 comments:

Catat Ulasan