12/04/13

Filled Under: , ,

iPhone 6 tiada butang ‘home’

New York: Apple mungkin memberikan iPhone 6 skrin melengkung pada kedua-dua belah permukaan, rekaan semula paling radikal pernah dilakukannya.


Satu paten yang diambil oleh syarikat teknologi terkemuka itu pada 2011 menggambarkan bentuk baru berkenaan, yang turut menyaksikan butang ‘home’ ikoniknya ditanggalkan.

Ia adalah langkah berani oleh syarikat berkenaan memandangkan setiap iPhone hingga kini mempunyai butang tunggal itu di bahagian bawah skrinnya.


Reka bentuk itu mempunyai ciri-ciri besar, dengan permukaaan AMOLED (Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode) yang tidak mempunyai sempadan. Ia sebaliknya menyediakan ruang skrin dari atas hingga ke bawah.

Ia juga dikatakan bertujuan membentuk ‘ilusi persepsi yang dalam’ dan berupaya memimikkan pengalaman 3D.

Imej yang direka oleh Nikolay Lamm untuk laman web myvouchercodes.co.uk ini menggambarkan bagaimana bentuk iPhone 6 itu mungkin dikeluarkan. Lamm bagaimanapun tidak menyebut bahawa telefon itu akhirnya akan memenangi perang telefon pintar.

“Ia rekaan yang menarik tetapi tidak mungkin memberikan Apple kelebihan yang berkekalan dalam persaingan.

“Jika Samsung melihat iPhone Apple ini mendapat sambutan, ia akan menghasilkan yang lebih baik,” kata Lamm.

0 comments:

Catat Ulasan