9/04/13

Filled Under: , ,

Biola Ini Jadi Saksi Bisu Tragedi Titanic


Satu lagi bahan meorial tentang Titanic akan dilelong. Sebuah biola yang pernah dimainkan di atas kapal Titanic telah ditemui di dasar lautan. Biola itu akan dilelong di England.

Penumpang yang terselamat semasa tragedi nahas itu menjelaskan bahawa mereka masih ingat kumpulan muzik yang dipimpin oleh Wallace Hartley, bermain di dek kapal, disaat itu para penumpang lain sedang berebut menaiki bot penyelamat dalam suasana kalut menyelamatkan diri ketika kapal itu sedang merempuh bongkah ais.

Biola milik Hartley dipercayai telah hilang sejak tahun 1912. Namum pelelong Henry Aldridge & Son menjelaskan bahawa biola tersebut ditemui pada tahun 2006 dan telah menjalani beberapa ujian. Dan hasilnya memang benar asli milik Hartley.

Andrew Aldridge, menyatakan bahawa biola itu ditemui dalam keadaan utuh dan agak aneh serta mustahil. Syarikat lelong itu telah menghabiskan tujuh tahun dan ribuan poudsterling untuk menbuktikan bahawa biola ini adalah asli.

Lagi info : Sejarah Titanic

0 comments:

Catat Ulasan