14/04/13

Filled Under: , ,

Hollow Earth : XPDC mencari pintu Hollow Earth (Part 3)

Ekspedisi mencari pintu Hollow Earth

Setelah kematian Symmes, salah seorang pengikutnya bernama Jeremiah Reynolds, telah berjaya menyakinkan pemerintah Amerika untuk menjalankan ekspedisi ke Antartika pada tahun 1838.


Memang para penjelajah tidak menemui sebarang lubang raksasa di sana, namum mereka telah berjaya menemui bukti bahawa Antartika bukan sahaja sekadar wilayah diselaputi ais, malah ia adalah benua dunia yang ke-7.

Teori Hollow Earth kembali mendapat perhatian pada tahun 1846 kerana ada penemuan bangkai seekor Mammoth di Siberia.


Di dalam tubuh Mammoth itu telah ditemui tanaman yang belum di cerna. Ini menunjukkan bahawa haiwan itu mati dengan tiba-tiba ketika sedang makan. Segelintir orang percaya bahawa makhluk ini pada awalnya hidup di wilayah panas di dalam Hollow Earth. Lalu tanpa sengaja haiwan ini telah sesat keluar dari lubang di kutub utara. Selepas masuk ke wilayah sejuk, haiwan ini telah mati.

Namum begitu teori ini tidak dapat dibuktikan secara kukuh. Namum penemuan ini terus berkembang, apabila menarik perhatian seorang penulis sains fiksyen, Jules Verne.

A Journey to the Centre of the Earth-1874.jpg

Pada tahun 1864 beliau telah menerbitkan buku berjudul Journey to the Center of the Earth yang menceritakan mengenai sebuah lubang di Islandia yang menuju ke dalam perut bumi.

Pada tahun 1869, teori Hollow Earth mula berkembang dan menjadi fenomena.

Cyrus Teed dan Hollow Earth

Cyrus Reed Teed, seorang penjual herba dan ahli kimia, mendakwa bahawa beliau telah melihat seorang wanita yang menberitahu kepada beliau bahawa wanita itu berasal dari dalam rongga di dalam perut bumi.


Empat puluh tahun berikutnya, beliau telah menpromosikan ideanya ke seluruh dunia. Malah beliau telah menbina mahzab yang bernama Koreshans yang pengarannya berkisar tentang dunia Hollow Earth.


Kemudiannya, Teed telah mengubahsuai teori baru bagi Hollow Earth yang disebut Concave Sphere. Menurut beliau, "kita"-lah yang sebenarnya hidup di dalam rongga bumi, Jadi ada manusia lain yang hidup di dunia atas.



Tidak Ada Lubang di Kutub

Pada awal abad ke-20, pergerakan manusia terbatas kerana tiada pengangkutan yang lengkap. Wilayah kutub belum lagi di jejalahi dengan sepenuhnya. Kerana itu, teori Hollow Earth memang susah untuk dibantah dan dinafikan.

Lt com r e byrd.jpg

Namum, semuanya mulai berubah selepas seorang juruterbang, Richard E. Byrd (1888-1957) berjaya melakukan penerbangan melintasi kutub utara dan kutub selatan. Beliau tidak menemui adanya lubang besar sepertimana yang dipercayai oleh para penganut teori Hollow Earth.


Pada abad ke-20, kutub utara dan kutub selatan bukan lagi wilayah yang misteri. Dengan adanya pengangkutan yang lebih maju, ditambah pula dengan satelite yang secara teratur berjaya menghasilkan gambaran muka bumi dari luar angkasa. Dan justeru itu berjaya menjelaskan di kutub utara dan kutub selatan tiada lubang menuju ke Hollow Earth.

0 comments:

Catat Ulasan