10/04/13

Filled Under: , , , ,

Gabungan Restoran McDonald Dan Stesyen Minyak Unik Di Georgia


Selalunya bagi sesebuah outlet McDonalds, biasanya kita lihat rekaannya adalah hampir sama di setiap cawangan. Tapi berbeza pula halnya dengan sebuah restoran McDonalds di Georgia ini, di mana bukan sahaja rekaannya yang berbeza dan unik, malahan ianya dibina bergabung bersama sebuah stesyen minyak.

Gabungan restoran McDonalds dan stesyen minyak ini terletak di Batumi, sebuah bandar di Georgia dan ianya telah direka oleh arkitek Giorgi Khmaladze. Bangunan ini memaparkan sebuah struktur yang dibina menggunakan rasuk terjulur (cantilever) pada satu sisi untuk membentuk kanopi ataupun sebagai bumbung kepada stesyen minyak yang dibina di bawahnya. Manakala pintu masuk restoran McDonalds pula ditempatkan di bahagian bertentangan, disebabkan arkitek bertanggungjawab ingin memisahkan kedua-dua entiti tersebut.

Antara ciri lain yang menarik ialah ruang makan di tingkat satu di mana ianya dihias dengan taman yang dibina di bahagian atas permukaan kanopi. Menarik juga struktur ini kerana ideanya untuk menggabungkan dua service adalah merupakan sesuatu yang agak outside of the box dan mampu menarik perhatian, selain menjimatkan ruang.

pandangan stesyen minyak pada waktu malam

bahagian taman di ruang makan

pandangan sisi bangunan

pintu masuk restoran mcdonalds

pandangan atas

rasuk terjulur (cantilever) menjadi kanopi kepada ruang stesyen minyak

bahagian siling stesyen minyak

ruang stesyen minyak

pandangan atas taman yang separa tertutup

pandangan stesyen minyak

axonometric 1

axonometric 2

axonometric 3

axonometric 4

axonometric 5

axonometric 6

section

section detail

0 comments:

Catat Ulasan