14/04/13

Filled Under: , , , ,

Edisi PRU-13 : Kompilasi peribahasa politik


Kompilasi Peribahasa PRU 13 :-

1) “kerajaan Malaysia punya duit, Barisan Nasional dapat nama."

maksudnya: orang lain yang bekerja tetapi orang lain yang diberi penghargaan.

2) “alang-alang memerintah, biar cukup 5 tahun."

maksudnya: melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

3) “ibarat rakyat menunggu pembubaran parlimen."

maksudnya: sesuatu yang ingin dicapai tetapi sangat mustahil.

4) “sepandai-pandai Najib elak pilihan raya, akhirnya terbubar dengan sendiri juga."

maksudnya: kelicikan seorang yang pengecut akhirnya berakhir juga.

5) “ibarat melapor SPRM kesalahan rasuah UMNO."

maksudnya: perbuatan yang sia-sia.

6) "Ada udang di sebalik br1m"

maksudnya: ada niat yang tersembunyi di sebalik perbuatan baiknya.

7) "Seperti mat said mendapat wang ihsan"

maksudnya: orang yg tak tahu nilai sesuatu benda

8) "Indah akbar utusan dari rupa"

maksudnya: sesuatu yang di gambarkan xserupa bikin.

9) "Bagai Najib Dengan 1Malaysianya"

maksudnya: ikatan yang tidak dapat dipisahkan.

10) "Ku sangkakan najib, rupanya rosmah"

maksudnya:  apa yang dipertontonkan tidak semestinya betol

11) "Seperti abg jib dicucuk hidung"

maksudnya: orang yang mengikut apa sahaja kemahuan isterinya.

12) "Sepandai pandai tupai melompat pandai lagi ibrahim ali lompat"

maksudnya: walaupun sehebat mana pun kita ada lagi yang lebig hebat dalam dunia ini.

13) "Lembu kat jat punya susu masam, Anwar dpt nama"

maksudnya: ini semua salah Anwar...Hahahaha

p/s: Ini semua untuk gurauan sahaja, tidak ada niat nak menghina mana-mana pihak, bak kata perpatah "sapa yang makan lada, dia yang rasa pedas". Jadikan sebagai salah satu kemeriahan PRU13 kali ini.

kredit to Fuad Syazwan Ramli