Benda ni sebenarnya kita selalu sebut. Dizaman serba canggih kini, setiap hari kita gunakan bit & byte ini. Cuma antara kita sedar ataupun tidak semasa menggunakan komputer mahupun smartphone. Tambahan pula kini kita sering guna pendrive dan external hard disk. Sebernarnya Bit & byte berlegar di sekeliling kita setiap hari.
Apa itu Bit ?
BIT adalah nombor perduaan (Base 2 System) yang terdiri daripada nombor 0 dan 1. Bit biasanya di tulis dengan huruf kecil iaitu “b”. Kalau nak cerita pasal BIT nie memang panjang cerita. Cukuplah setakat kita tahu basic yang kat atas itu sahaja.Asal usul perkataan bit?BIT berasal daripada perkataan “Binary digIT”
Apa itu Byte ?
Byte adalah gabungan 8 unit bagi BIT. Sebagai contoh , 00000000 adalah bersamaan dengan 1 byte. Gabungan 8 unit nombor 0 atau 1 atau kedua-dua nombor tersebut akan membentuk 1 byte. Byte biasanya di tulis dengan huruf besar iaitu “B”Contoh yang mudah adalah seperti di bawah :
1 = 1 bit
10 = 2 bit
101 = 3 bit
1100 = 4 bit
11111 = 5 bit
100011 = 6 bit
1111000 = 7 bit
10101010 = 8 bit = 1 byte
Asal usul perkataan BYTE ?Dalam WikiPedia , asal perkataan byte didefinasikan seperti di bawah :“The term byte stems from bite, as in the smallest amount of data a computer could bite at once.”
Kegunaan bit & byte semasa kita menggunakan komputer
BIT biasanya digunakan untuk menerangkan kelajuan penghantaran data. Unit yang biasa digunakan ialah Kbps, Mbps, Gbps dan lain-lain. Sebagai contoh kelajuan “Network Card” pada komputer kita biasanya menunjukkan kelajuan 100Mbps atau 1Gbps .Anda boleh cuba sendiri dengan melihat pada “Local Area Connection Status” dalam Sistem Operasi Windows. Capture screen di bawah menunjukkan kelajuan maksimum penghantaran data untuk komputer tersebut adalah 100 Mega bit per second (100Mbps) atau 1,000,000 bit dalam masa sesaat.
Byte pula biasanya digunakan untuk menerangkan “data storage”. Sebagai contoh , file seperti video, mp3, office document dan lain-lain, unit yang biasa digunakan adalah MegaByte (MB). Capture Screen di bawah menunjukkan size file MP3 tersebut adalah 28.3 MB atau 28.3 Mega Byte.
Soalan Cepu Emas
Brapa lama masa diperlukan utk hantar file diatas (28.3MB) menggunakan network card berkelajuan 100Mbps?Jawapan:
Size Data : 28.3 Mega ByteKelajuan NIC : 100Mbps
1 byte = 8bit.
Jadi 100Mbps = 100/8 = 12.5MB/s
28.3MB / 12.5MB/s = 2.264 saat
0 comments:
Catat Ulasan