14/04/13

Filled Under: , ,

Hollow Earth : Hollow Earth dan UFO (Part 4)


Walaupun begitu, teori ini masih lagi menarik perhatian ramai pihak. Mereka mula mengaitkan Hollow Earth dengan UFO. Ernst Zundel telah menulis buku yang berjudul UFO-Nazi's Secret Weapon?

Ernst Zundel.jpg

Beliau mendakwa Hitler dan batalion terakhirnya berjaya lari ke Argentina dengan sebuah kapal selam, lalu mendirikan sebuah markas untuk piring terbang di sebuah lubang di kutub selatan yang mengarah ke dalam perut bumi. Zundel juga percaya bahawa Nazi berasal dari bangsa yang berasal dari perut bumi, begitu juga dengan Hitler.

Pandangan ini mungkin timbul kerana pada tahun 1940-an, Hitler begitu tertarik dengan idea mengenai Hollow Earth. Dan pernah menghantar ekspedisi menuju ke Rujen, salah satu pulau di Baltic, walaupun ia tidak berhasil.


Ray Palmer adalah salah seorang penulis yang turut mengaitkan Hollow Earth dengan UFO. Pada tahun 1940-an, bersama dengan Richard Shaver, beliau menbuat spekulasi " Kerana UFO sering dilihat di lamgit bumi sepanjang sejarah, maka sudah pastilah UFO tersebut berasal dari bumi."


Jadi menurut mereka berdua, UFO tersebut sebenarnya berasal dari dalam perut bumi yang berongga. Shaver juga pernah mengaku pernah tinggal bersama-sama dengan orang dari dalam perut bumi tersebut. Pendapat mereka berdua ini dikenali sebagai gerakan ufology modern. Biarpun teori ini sangat sukar untuk dibuktikan. Namum ada sahaja pihak yang masih percaya tentang adanya rongga di dalam perut bumi, Hollow Earth.

Malah ada yang mengaku pernah masuk kedalamnya. Ada yang menyatakan bahawa mereka berjaya masuk ke ruang rongga di dalam perut bumi itu melalui gua-gua purba atau lubang perlombongan lama. Ada juga yang mengeluarkan teori bahawa segitiga bermuda adalah jalan masuk menuju ke rongga di dalam perut bumi.

welcome to my world

Sebahagian pula percaya bahawa ada pintu masuk yang sebenarnya bukan di wilayah kutub, tetapi di wilayah seperti Gunung Shasta di California, Gua Mammoth di Kentuncky dan pergunungan Himalaya di Tibet.


Pada tahun 1993, Katharina Wilson telah menulis sebuah buku berjudul The Alien Jigsaw. Di dalam bukunya, beliau menceritakan mengenai pengalamannya diculik oleh alien dan dibawa ke dunia bawah tanah. Cerita yang sama juga telah ditulis pada tahun 1995 oleh Timothy Good yang menceritakan pengalamannya dibawa ke markas UFO di dalam tanah.




0 comments:

Catat Ulasan