9/04/13

Filled Under: , ,

Lima Peristiwa Paling Aneh di Dunia

Banyak peristiwa yang aneh di dunia ini berlaku. Kadang kala ianya berlaku di sekitar kita. Namum 5 kejadian aneh ini akan membuatkan kita pening bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku. Ianya diluar kotak pemikiran akal kita sebagai manusia biasa, tetapi tiada yang mustahil lagi aneh bagi Yang Maha Pencipta.


1. Keanehan kembar tiga berjarak usia 11 tahun


Peristiwa aneh ini berlaku di Kota Brimingham, England, keanehan ini telah menimpa seorang ibu yang bernama Lisa Sheperd. Dia telah melahirkan anak kembar tiga, namum bayinya yang terakhir terpisah jarak 11 tahun daripada kedua kakaknya.

Dua kembarnya bernama Bethany dan Mega lahir pada 1998, sementara kembar yang ketiga bernama Ryleigh pula lahir pada tahun 2010.

Menurut keterangan doktor yang menguruskan kelahiran kembar tiga ini, Bethany dan Mega mempunyai embrio yang kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga terpaksa dibekukan sehingga 11 tahun untuk dilahirkan.


2. Tertembak di kepala dan baru tahu lima tahun kemudian


Seorang lelaki Jerman telah ditembak dikepala pada tahun 2004, namum tidak disedarinya kerana sangat mabuk pada ketika kejadian tembakan itu.

Lelaki itu baru menyedari sebutir peluru kaliber 0.22 tertanam dikepalanya pada tahun 2009. Itupun dia mengetahui secara tidak sengaja setelah berjumpa doktor kerana sakit perut.


3. Taliban latih kera dengan AK-47



Sekumpulan militan Taliban di Afghanistan telah rekrut sepasukan tentera monyet. Pasukan ini yang terdiri daripada kera dan babon telah dilatih dengan senapang AK-47 untuk menembak tentera Amerika pada 2010.


Kejadian telah menbingungkan ramai pihak, Sehinggakan NATO turut menbuat siasatan terhadap kes ini.


4. Bayi selamat terlempar dari tingkat tujuh


Seorang bayi perempuan 15 bulan telah selamat walapun terjatuh dari tingkat 7 sebuah apartment. Nasib bayi ini cukup bertuah kerana seorang lelaki telah berjaya menyambut bayi itu dari terhempas ke lantai.

Kejadian ini berlaku di Paris, Perancis, bayi itu sedang bermain dekat jendela tanpa pengawasan ibunya. Ketika dia jatuh seorang lelaki telah melihat kejadian itu, dia terus berlari untuk menyambut bayi itu. Dikhabarkan lelaki penyelamat nyawa bayi itu adalah seorang pemain ragbi.


5. Pramugara berhenti kerja saat pesawat ada di udara


Kisah pelik tapi benar ini terjadi apabila Steven Slater yang berkerja sebagai pramugara pesawat JetBlue. Ketika itu dia sedang bertugas didalam satu jadual penerbangan di sekitar Amerika Syarikat, secara tiba-tiba dia memutuskan untuk berhenti kerja sebaik sahaja kapal terbang selesai berlepas.


Steven berasal dari Pittsburgh, Pennsylvania, telah membuka pintu kecemasan dan terus terjun dari kapal terbang itu. Dia berheti kerja kerana dia telah bertengkar dengan salah seorang penumpang. Sebelum dia terjun, dia telah mengambil pembesar suara dan memaki hamun para penumpang.

0 comments:

Catat Ulasan