11/04/13

Filled Under: , ,

D Aloisio, Programer Termuda Yahoo!




Masih ingat dengan nama Nick D'Aloisio? Ya, dia adalah salah satu programer muda terkenal di dunia. Kini dia menjadi jutawan sekaligus pekerja termuda di Yahoo.

Nama Nick D'Aloisio menjadi terkenal ketika berumur 15 tahun, dia berjaya mencipta aplikasi untuk peranti berasaskan iOS bernama Trimit.

icon

Aplikasi ini berfungsi untuk menyimpulkan isi suatu website agar dapat dipaparkan di platform lain seperti Twitter, Facebook dan Tumblr mirip cara kerja laman seperti Bit.ly dan lainnya, bagi memendekkan link laman web yang panjang.

Kini, D'Aloisio genap berusia 17 tahun dan dia kembali berjaya mencipta aplikasi News-Reading untuk peranti mobile. Disebabkan aplikasi algoritmik yang sangat unik tersebut, Yahoo! secara langsung melakukan tawaran untuk membeli software itu dengan harga yang sangat tinggi.

Yahoo! tidak hanya membeli aplikasi itu saja, syarikat gergasi satu ini juga mengajak D'Aloisio untuk dapat bekerja dengan mereka.

Malangnya, ketika ditanya mengenai berapa yang dibayar oleh Yahoo! untuk membeli aplikasi itu, D'Aloisio tidak mahu untuk menjelaskannya lebih lanjut.

Yahoo! berani mengeluarkan dana sebanyak USD 30 juta hanya untuk satu aplikasi untuk iPhone yang dinamakan Summly tersebut.


Jelas, D'Aloisio semakin bertambah kaya setelah kejayaan yang dia dapatkan ketika masih berusia 15 tahun. Di saat itu, sudah banyak pelabur kaya yang juga memberikan sokongan terhadap dia dan pasukan kecilnya untuk terus mencipta dan membangunkan aplikasi terbaru.

Pihak Yahoo! menjelaskan kenapa mereka bersedia dan berani mengambil seseorang yang masih belum genap berusia 20 tahun. Yahoo! mengatakan bahawa apa yang dimiliki D'Aloisio sangat jarang ditemui sekarang ini.

"D'Aloisio mempunyai kemampuan yang sangat bernilai, dia mempunyai pandangan yang maju dan selalu berani untuk membuat satu perkara baru. Itu sebabnya, kita (Yahoo!) tertarik untuk bekerja sama dengannya. Dengan kemasukan D'Aloisio dalam Yahoo!, kita berharap nantinya syarikat ini akan menjadi syarikat berasaskan mobile pertama di dunia, "jelas jurucakap Yahoo!.


Malangnya, D'Aloisio tidak akan lama bekerja di Yahoo! kerana dia memutuskan hanya akan berada di syarikat tersebut selama 18 bulan sahaja.

Dengan dana yang sangat besar tersebut serta kepercayaan yang diberikan oleh Yahoo! dan pelabur lain, D'Aloisio ingin membuktikan bahawa hasil ciptaannya tersebut memang benar-benar bernilai.

Oleh kerananya, dia dan pasukan kecilnya akan bekerja keras untuk dapat membalas kepercayaan yang telah diberikan.

0 comments:

Catat Komen