13/04/13

Filled Under: , , ,

Sejarah Huruf Times New Roman


Huruf Times New Roman, pasti kita tahu dan kenal nama huruf ini. Kepada yang kerjanya setiap hari menaip di komputer pasti lebih rapat dengan huruf ini. Namum pernahkah kita terfikir siapa yang telah mencipta patern huruf Times New Roman ini?

Huruf Times New Roman ini telah dicipta oleh seorang berbangsa Inggeris, Stanley Morrison. Dilahirkan pada 6 Mei 1889 di Wanstead, England. Pada mulanya Stanley tiada apa-apa pengetahuan dalam bidang percetakan. Namum setelah dibekerja dengan The Pelican Press, dia mula menjadi orang yang penting didalam hal tipografi.


Selama lebih kurang 30 tahun juga beliau telah menjadi konsultan untuk akbar The Times di London. "The Times merupakan akbar yang memiliki pelanggannya sendiri, kita memerlukan sebuah huruf yang tidak sama dengan barang dagangan pada umumnya, huruf itu harus baik pada dasarnya, namum juga mencerminkan dari garis, konsisten dan ekonomis bagi The Times" ungkapan Stanley.

3 Oktober 1932, huruf "Times" mula dipaparkan kepada orang ramai. Buat pertama kalinya akbar The Times dicetak menggunakan jenis huruf yang dinamakan dengan nama akbar itu sendiri. Stanley Morisson tidak bekerja sendirian, beliau juga dibantu oleh temannay Victor Lardent sebagai orang yang melakar dalam mencipta huruf ini.


Huruf yang bernama Times ini dengan cepat mejadi popular pada masa itu, banyak digunakan di akbar, majalah, mahupun buku laporan tahunan perusahaan. Huruf ini kemudiannya di daftarkan lesennya ke The Monotype Corporatin di England, turut didaftarkan juga di Linotype di Amerika, kerana akbar The Times banyak mendaftarkan lesen produk-prudoknya ke Linotype.


Pada tahun 1945, The American Linotype Company telah mendaftarkan nama dagangan " Times Roman" secara terpisah, bukan sebagai sebahagian dari The Times ataupun Monotype. Maka itu terjadilah perbezaan nama untuk penggunaan huruf ini dalam komputer.

Linotype dan syarikat-syarikat dibawah lesennya seperti Adobe dan Apple Macintosh menggunakan nama "Times Roman". Monotype dengan syarikat-syarikat dibawah lesennya seperti Microsoft pula menggunakan nama " Times New Roman ".

Pada era 80-an, Monotype telah design semula Times New Roman dan mengisytiharkan bahawa huruf yang di design oleh mereka lebih baik daripada Times Roman yang dimiliki Linotype. Namum Linotype tidak mahu kalah, mereka juga mereka siri baru dari huruf  "Times", mereka pula menwar-warkan huruf mereka yang tebaik daripada Monotype.


Stanley Morisson telah meninggal dunia pada 11 Oktober 1967 di London. Beliau telah mencipta huruf yang sangat popular dan digunakan oleh setiap mereka yang pernah menaip.

0 comments:

Catat Ulasan