GEORGETOWN: Helah seorang lelaki berstatus suami orang menjalin  hubungan sulit dengan kekasih gelapnya terbongkar selepas dicekup dalam  operasi cegah maksiat di Jalan Penang, di sini, kelmarin.
Operasi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama dua anggota polis dari  Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis  Timur Laut (IPDTL), kira-kira jam 12.05 tengah malam. 
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata ketika  operasi, pihaknya mengetuk pintu bilik hotel lelaki terbabit beberapa  kali sebelum seorang lelaki yang memakai seluar santai tanpa baju  membuka pintu.
Menurutnya, selepas memperkenalkan diri pegawai penguat kuasa agama dan  meminta kebenaran melakukan pemeriksaan, lelaki berusia 41 tahun itu  memaklumkan dia menginap seorang diri. 
Bagaimanapun, katanya, penemuan sepasang kasut wanita dalam bilik itu  menyebabkan lelaki terbabit tersentak sebelum mengaku kasut berkenaan  milik rakan wanitanya. 
“Hasil siasatan lanjut, kami menemui pasangan wanitanya berusia 23 tahun  yang berpakaian singlet bertali halus dan berseluar jeans dalam bilik  air.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan  muhrim dan suspek lelaki mengaku sudah berkahwin dan datang dari Kuala  Lumpur untuk bertemu teman wanitanya di sini,” katanya. 
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis  Sentral untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat JHEAIPP  untuk tindakan lanjut.
1/01/11
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 

0 comments:
Catat Ulasan