6/01/11

Filled Under: ,

Misteri Lembah Kematian di Yakutia/Siberia - Lembah Ya'juj ? - ep 2

"Kami tidak menemukan shaf (laluan) untuk turun ke bahagian bawah tanah yang berbilik. Tapi saya perhatikan bahawa tumbuh-tumbuhan di sekitar 'kawah' adalah luarbiasa - benar-benar berbeza dari apa yang tumbuh di jauh sari kawah itu. Ianya lebih subur: pokok burdock besar berdaun; sulur-sulur yang panjang; rumput aneh, satu setengah atau dua kali lebih tinggi dari manusia. Dalam salah satu 'kawah', kesemua enam orang ahli kumpulan kami bermalam di situ. Kami tidak menghidu apa-apa yang tidak baik, kami tenang meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak menyenangkan. Tidak ada yang jatuh sakit parah sesudahnya. Kecuali tiga bulan kemudian, salah satu teman saya kehilangan semua rambutnya. Dan di sisi kiri kepala saya (sisi saya tidur), muncul tiga bintik-bintik kecil bersaiz kepala mancis yang perit. Saya sudah cuba untuk mengubati dan membuangnya seumur hidup saya, tapi ianya tetap ada pada diri saya sehingga hari ini."



"Tiada satu pun daripada usaha kami, untuk mengambil secebis dari bahagian 'kawah' yang aneh itu, berjaya. Satu-satunya benda yang berjaya dibawa balik adalah seketul batu. Ianya bukan batu biasa, bahagian tengah lilitan bulatnya begitu sempurna, berdiameter enam sentimeter. Batu itu berwarna hitam dan tiada kesan ianya telah dibentuk, namun kemulusannya memang terserlah seperti telah digilap. Ia saya kutip dari lantai dalam salah sebuah kawah kauldron di situ."

"Dalam tahun 1933, saya bawa pulang cenderamata dari Yakutia itu ke desa tempat tinggal ibu bapa saya di Desa Samarka, Daerah Chuguyevka, Wilayah Primorsky (Timur Jauh Russia). Disebabkan tiada apa keperluan terhadap batu itu, lalu saya simpan tanpa berbuat apa-apa, sehingga pada suatu hari nenek saya membuat keputusan untuk membina rumah. Kami perlu meletakkan kaca pada jendela namun tiada kami temui satu pun pemotong kaca di seluruh desa. Saya cuba mengguris tepi bahagian tengah batu pada kaca, dan ternyata ianya dapat memotong dengan teramat mudah. Setelah itu, batu yang saya jumpai itu selalu digunakan seperti berlian oleh semua teman dan kaum keluarga saya. Pada tahun 1937 saya hadiahkan batu kepada datuk saya, tetapi malangnya pada musim gugur tahun itu juga, beliau telah ditahan dan dibawa ke Magadan sehingga 1968 dan menghembuskan nafasnya dalam tahanan tanpa dibicarakan di mahkamah. Sampai sekarang saya tidak mengetahui ke mana perginya batu tersebut ... "

Dalam suratnya, Koretsky menekankan bahawa pada tahun 1933 seorang penunjuk arah peribumi Yakut mengatakan bahawa:

"... Lima atau sepuluh tahun yang lalu, beliau telah menemui beberapa kawah kauldron bulat (ianya benar-benar bulat) yang tinggi (lebih tinggi dari manusia) tertonjol dari tanah. Ianya nampak seakan-akan baru lagi. Kemudian pemburu itu datang melihat lagi, tetapi ainya sudah rosak dan berselerakan."

Koretsky juga mencatatkan bahawa ketika dia melawat satu kawah kauldron untuk kedua kalinya selang beberapa tahun selepas itu, namun kawah itu telah tenggelam dan tertimbus dek tanah.

A. Gutenev dan Yu. Mikhailovsky, dua penyelidik yang tinggal di bandar Mirny di Yakutia, melaporkan bahawa pada tahun 1971 seorang pemburu tua berbangsa Evenk telah mengatakan bahawa di suatu kawasan antara dua sungai yang dikenali sebagai Niugun Bootur ("Jaguh Yang Bengis") dan Atadarak ("Kawasan Tombak 3-Kepala "), tersembul dari tanah suatu benda yang benar-benar memberikan nama pada tempat tersebut - Tombak Besi 3-Kepala yang besar - manakala di kawasan antara dua sungai yang dikenali sebagai Kheliugur ("Orang Besi"), terdapat lubang besi yang menyerupai " Pemuda Bermata Satu Yang Hitam, Kurus & Berbaju Besi". Beliau mengatakan bahawa dia boleh menunjukkan jalan untuk ke sana, sesungguhnya tempat itu tidak jauh, tetapi tidak ada siapapun yang percaya padanya sampai akhir hayatnya.

Satu perkara lagi, kesemua kemunculan objek-objek tersebut lenyap selepas pembinaan sebuah empangan di Sungai Vilyuy, bawah sedikit dari Sungai Erbiie. Menurut laporan dari salah satu pembangun projek hidro-elektrik Vilyuy, ketika mereka sedang membina sebuah terusan pengubah aliran sungai untuk mengeringkan saluran utama, mereka mendapati di dalamnya sebuah binaan logam cembung. Kesuntukan masa begitu menekan, penemuan tersebut hanya melalui pemeriksaan singkat, lantas pengurus projek memberi arahan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Terdapat sejumlah cerita dari orang-orang yang pernah terjumpa binaan-binaan yang serupa secara tidak sengaja, tapi tanpa panduan yang tepat sangatlah sulit untuk menjejakinya lagi di kawasan diancam kemusnahan.

Beberapa orang tua mengatakan bahawa yang mengalir di tempat yang bernama Tong Duurai ialah anak sungai yang disebut Ottoamokh ("Lubang-lubang Dalam Tanah") dan di sekitar dalamnya terdapat jurang yang sangat dalam dikenali sebagai "Jurang Tertawa". Nama yang sama juga muncul dalam kisah legenda yang menyatakan bahawa ia adalah tempat tinggal Gergasi Bengis yang menghancurkan segala sesuatu di sekitarnya. Dalam setiap enam atau tujuh abad, sebuah "bola api" mengerikan meletup di kawasan tersebut atau (dilihat dari segi sejarah dan legenda masyarakat lain)ianya terbang dari suatu yang jauh dan meletup di sana, atau terus meletup sebaik sahaja terbang keluar dari kawasan tersebut - dan mengakibatkan kawasan tersebut beratus-ratus kilometer menjadi padang jarak padang terkukur dengan kesan hangus dan selerakan serpihan batu.

Lagenda pribumi Yakut mengandungi banyak cerita tentang letupan, pusaran angin berapi dan bola besar sedang terbakar bergerak naik ke udara. Dan semua fenomena tersebut dan yang lain-lain yang berkaitan sedikit sebanyak ada kaitannya dengan binaan logam misteri yang ditemui di Lembah Kematian. Sebahagian dari rumah besi itu bulat dan bersaiz besar, berdiri di atas penyokong yang tegak. Ia tidak mempunyai tingkap atau pintu, hanya terdapat sebuah "lubang yang luas" di bahagian atas kubah.

Sebahagian kawah-kawah kauldron telah tenggelam dan tertimbus hampir sepenuhnya di dalam lapisan ais, kalau ada pun hanya sedikit dari kubah kawah tersebut namun ianya seperti hampir tidak kelihatan atau tersisa lagi di permukaan tanah. Saksi-saksi dari kalangan orang luar kawasan yang tidak mengenali antara satu sama lain turut menggambarkan "rumah logam gemilang" dalam nada yang sama. Selain daripada itu, turut tersebar di seluruh daerah tersebut adalah kepingan logam bulat yang leper seperti penutup yang tidak diketahui untuk menutup apa. Lagenda Yakut mengatakan bahawa bola besar berapi misteri itu dihasilkan oleh "sebuah cerobong yang mengeluarkan asap dan api" dan "penutup besi yang berkilauan."

Ini juga merupakan punca kehadiran pusaran angin berapi, dari keterangan ianya seakan-akan serupa dengan kesan daripada letupan atom zaman ini. Kira-kira satu abad sebelum setiap letupan atau siri-siri letupan, bola api terbang laju muncul dari "cerobong besi" tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar, melonjak ke atas dalam bentuk api kecil yang bulat. Akhir sekali, bola api yang sangat besar muncul. Diikuti dengan empat gema guruh berturut-turut, dia meluncur ke paras yang lebih tinggi dan terbang meninggalkan "jejak asap dan api" yang panjang. Kemudian ledakan tembakan meriam kedengaran di kejauhan ...

Pada tahun 1950, tentera Soviet mula memberi perhatian ke atas wilayah ini, secara jelasnya disebabkan di bahagian pinggiran utara kepadatan penduduknya amat rendah, lantas mereka melakukan beberapa siri ujian atom di sana. Salah satu letupan membuatkan penduduk dalam keadaan tertanya-tanya, dan pakar asing masih berspekulasi tentang hal itu. Sebuah stesen radio Jerman Deutsche Welle melaporkan pada bulan September 1991 yang, ketika peranti 10-kilogram nuklear sedang diuji pada tahun 1954, untuk alasan yang tidak diketahui saiz letupan melebihi kadar pengiraan dengan faktor 2.000 sampai 3.000, mencecah 20-30 megaton , seperti yang dilaporkan oleh makmal seismik di seluruh dunia. Punca perbezaan signifikan (besar) tahap kekuatan letupan tersebut masih belum terjawab. Agensi berita TASS mengeluarkan pengumuman bahawa sebuah bom hidrogen kompak telah diuji dalam keadaan letusan di udara, tetapi kemudian dinyatakan bahawa ini adalah tidak tepat. Setelah ujian, zon terhad telah diwartakan di daerah tersebut dan kerja-kerja rahsia dilakukan selama beberapa tahun.

Bersambung...

0 comments:

Catat Ulasan