|  | 
| KEPULANGAN Khairul Fahmi ke Kota Bharu akan disambut secara besar-besaran pada Isnin ini. | 
“JANGAN mudah lupa diri dan sentiasa  berusaha untuk meningkatkan lagi  potensi yang ada dalam diri untuk  terus berjaya pada masa hadapan”.
Demikian amanat dan nasihat seorang  ayah, Che Mat Hussain, 58, kepada  anaknya, Khairul Fahmi, 21, yang  merupakan penjaga gol utama pasukan  kebangsaan dan Kelantan.
Menurutnya, seluruh ahli keluarga bangga  dengan pencapaian yang  ditunjukkan Khairul Fahmi atau lebih mesra  dengan panggilan ‘Pak Su’ di  kalangan ahli keluarga selepas berjaya  membantu Harimau Malaya bergelar  juara buat kali pertama pada kejohanan  bola sepak Piala Suzuki AFF 2010,  Rabu lalu.
“Kami semuanya terkejut dengan apa yang  telah ditunjukkan olehnya  sepanjang tahun ini. Mungkin ini rezeki  buatnya untuk terus maju dalam  bola sepak.
“Kejayaan ini adalah berkat usaha dan  displin yang tinggi yang  ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus  yang ada dalam diri- nya,”  kata Che Mat Hussain ketika ditemui di  rumahnya di Kampung Dusun Raja,  Cherang, Kota Bharu semalam.
Tambahnya, sebelum turun beraksi di atas  padang, anaknya itu akan  menghubunginya terlebih dahulu untuk memohon  restu dan meminta keluarga  mendoakan kejayaannya.
“Setiap kali beraksi baik untuk Kelantan  mahupun negara, dia (Khairul  Fahmi) akan menghubungi saya dan ibunya  supaya mendoakan keselamatan  dan kejayaannya,” ujarnya.
Akhbar semalam melaporkan, persembahan  cemerlang penjaga gol Malaysia  itu bukan sekadar menarik peminat baru  ke akaun Facebook, malah  menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi  di seluruh dunia bagi trend  terkini laman web sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gol  kelahiran Kelantan yang sebelum ini  tidak begitu dikenali, meningkat  secara mendadak ke tempat kelima  menumpaskan Support Timnas yang  menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi  dalam bola sepak, ayahnya  memberitahu, ia bermula ketika dia berumur  lapan tahun lagi dan apa yang  menarik mengenai Khairul Fahmi, dia hanya  minat beraksi sebagai penjaga  gol sahaja.
“Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan  posisi itu dan mula beraksi  bersama pasukan sekolahnya, Sekolah  Kebangsaan (SK) Tapang ketika  berumur 12 tahun.
“Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran  di Sekolah Sukan Bandar  Penawar (SSBP) Johor Bahru sebelumdan berpindah  ke Seko- lah Sukan Bukit  Jalil (SSBJ) untuk mengambil Sijil Pela-  jaran Malaysia (SPM),”  ujarnya.
Dalam pada itu, Che Mat memberitahu,  satu sambutan besar-besaran akan  dilakukan oleh penduduk kampung dengan  kerjasama wakil rakyat untuk  menyambut kepulangan Khairul.
“Majlis itu akan diadakan pada 3 Januari ini,” ujarnya.
 
 
 
 
 

0 comments:
Catat Ulasan