
Ya, anda yang percaya bahawa Facebook akan ditutup memang 100% kena troll, pwned (Apa itu pwned?). Minggu lepas, konglomerat kewangan dunia seperti Goldman Sachs & sebuah syarikat Rusia membuat pelaburan bernilai $500 juta, dengan anggaran nilai potensi Facebook berjumlah $50 billion. Penganalisis pelaburan juga menganggarkan Facebook bakal bernilai $57 billion menjelang akhir tahun ini.

Menurut jurucakap CNBC, nila Facebook kini melebihi jumlah nilai Boeing, syarikat pembinaan kapal terbang yang terbesar di dunia. Dianggarkan Boeing hanya bernilai $49 billion setakat hari ini.
Logik akal, tak mungkin Mark Zuckerberg (co-founder Facebook) suka hati nak melenyapkan Facebook daripada dunia maya. Bukan apa, kami yakin pasti ada terselit duit-duit mafia yang turut dilaburkan dalam Facebook, cari nahas je!
Tujuan artikel ini ditulis untuk melenyapkan kisah-kisah Facebook yang makin menjadi-jadi.
sumber = http://www.ohbulan.com/dr-rozmey-ter...anti-facebook/
0 comments:
Catat Ulasan