REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri  kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh  raya.
Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup  bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen  yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan  kawasan rumput berhampiran di sini.
Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota  Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh  sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur  keluar Pedas, dekat sini, petang ini.
Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling  sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang  kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan
21/01/11
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

 
 
 
 
 

0 comments:
Catat Ulasan