LOS ANGELES: David Beckham mengambil tindakan memfailkan saman  terhadap pelacur, Irma Nici yang mendakwa melakukan hubungan seks  bersamanya.
Beckham memfailkan saman AS$25 juta (RM77 juta) terhadap Irma dan  penerbit majalah In Touch Weekly yang menerbitkan kisah Irma itu dalam  edisi September lalu.
“Saya tidak pernah bertemu Irma, apalagi meniduri atau membayarnya untuk  khidmat seks,” ujar Beckham dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah  Los Angeles, semalam.
Dalam pengakuannya, bintang bola sepak itu mendakwa Irma hanya mereka cerita mengenai pendedahan yang dibuat kepada majalah itu.
Beckham menafikan dia membayar untuk meniduri Irma bersama pelacur lain  pada Ogos 2007 dan meniduri Irma sekali lagi di Hotel Claridges di  London sebulan selepas itu.
Dia juga menegaskan dakwaan Irma bahawa Beckham melakukan hubungan seks bersamanya sebanyak lima kali sama sekali palsu.
“Kenyataan Irma menyebabkan saya dan keluarga menghadapi tekanan emosi  serta menjejaskan kehidupan peribadi dan kerjaya saya,” lapor Beckham  dalam dokumen mahkamah.
Beckham bekas pemain bola sepak Manchester United dan Real Madrid kini  bermain untuk LA Galaxy, mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan  Victoria, bekas anggota kumpulan Spice Girls. - Agensi
1/01/11
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 

0 comments:
Catat Ulasan