31/01/11

Filled Under:

Kritik FAM: Sathianathan Letak Jawatan


KUALA LUMPUR 24 Jan. – Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman enam bulan terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.
Dia sebelum ini didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran melemparkan kritikan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh mengenai jadual perlawanan T-Team pada saingan Liga Super musim lalu. – Utusan

0 comments:

Catat Ulasan