Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

Selebriti Sesat Dinikah Malaikat



Makin menjadi - jadi la pulak, dah mengaku jadi Rasul dan sebarkan jaran sesat. Konon-kononnya boleh bagi syafaat pulak dekat akhirat nanti. Kali nie malaikat pula yang nikahkan dia. Dah jauh sangat sesat dia nie. Ke ada kaitan dengan ajaran Haji Kahar yang mendakwa dan meletak jawatan seagai Rasul Melayu....

KUALA LUMPUR: “Saya pernah disampaikan ajaran songsang oleh selebriti itu, tetapi terpaksa menolaknya kerana didapati melanggar hukum syarak dan syariat,” kata Sudin, 40-an, antara individu yang pernah disampaikan dakyah palsu oleh Selebriti Sesat (SS) yang mengakui dirinya sebagai rasul.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang SS mengakui dirinya diutuskan sebagai seorang rasul bagi merahmati sekalian alam, mendakwa wujud sebelum Nabi Adam a.s, selain berada di barisan depan di Padang Mahsyar untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya.

Menurut Sudin, selama dua bulan bersama SS, artis terbabit berbual dengannya hal agama berkaitan hakikat dan syariat, malah pernah disuruhnya tidak berpuasa dan bersolat kerana perlu kembali kepada hakikat.

Kata Sudin, biarpun selebriti berkenaan sudah beristeri, dia juga didakwa ada menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain kononnya malaikat yang nikahkan mereka.

“Saya beranggapan SS ibarat baru lahir terus masuk ke universiti, sama juga seperti dia belajar agama seorang diri seterusnya mengakui dirinya Rasul,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors