Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

Buah Dan Sayur Terbesar Di Dunia



1. Ubi Kayu
Petani Lubnan Semhat Khalil, dari selatan bandar Tyre, hampir-hampir tidak percaya ketika menuai di kebun ubi kayu miliknya dan menemui ubi kayu raksasa dengan berat 11.3 kg (24.9 pounds).




2. Labu Air

Buah labu air terbesar di dunia (113 Lbs atau 65 Kg). Ditanam oleh Ken Dade di Norfolk, beratnya mencecah 65kg. Sayur-sayuran ini memerlukan dua orang untuk mengangkatnya. ia telah memecah rekod sebelumnya hanya 3kg.


3. Nangka

Nangka terberat di dunia (76 Lbs atau 34.4 Kg). Buah manis ini beratnya 34.6 kg, dengan saiznya mencapai panjang 57.46 cm dan ukur lilitnya 121.28 cm pada 8 Ogos 2003. Ditanam oleh George dan Margaret Schattauer dari Captain Cook, Hawaii, USA.

p/s: lagi besar bangka madu kot...hehehe


4. Kubis 

Kubis yang terbesar di dunia (76 Lbs atau 34.4 Kg) John Evans, seorang pereka mekanik yang tinggal 40 batu di utara Anchorage di Palmer, Alaska, memegang 7 rekod dunia untuk sayur-sayuran raksasa. Salah satunya adalah kubis ini, mempunyai berat yang lebih daripada 34kg, membuatkan sayur ini mencatat rekod tahun 1998.
5. Tembikai
Tembikai yang terbesar di dunia (268,8 Lbs atau 122 Kg). mempunyai berat badan 122kg menjadikan buah ini menjadi tembikai terbesar di dunia. Tembikai ditanam dalam ladang yang dimiliki oleh Lloyd, keluarganya mempunyai sejarah panjang dengan tembikai mereka. Pernah memecahkan rekod dunia pada tahun 1979 dengan tembikai seberat 200kg.


6. Wortel
Wortel terberat di dunia (18,9 Lbs atau 8.5 Kg) ditanam oleh John Evans pada tahun 1998, dengan berat 8,61kg, ini adalah wortel terberat yang pernah ada.
7. Labu
Labu yang paling besar di dunia (1689 Lbs atau 766 Kg) tumbuh di Rhode Island, adalah labu yang terbesar di dunia yang ditampilkan di Topsfield dari Massachusetts pada 2007, beratnya 766kg.
8. Mentimun
Mentimun terbesar (36.1 atau 0.9 MTs) dengan panjang 36.1 in, timun ini memecahkan rekodnya sendiri sebelumnya yang 35.1 in di Bath, barat daya Inggeris.
9. Bunga Kubis 
 
Bunga kubis terbesar di dunia (31,25 Lbs atau 14,1 Kg) ditanam oleh Evans, bunga kubis terbesar di dunia dengan berat 14,1 kg pada tahun 1997.


10. Brokoli

Brokoli terbesar di dunia (35 Lbs atau 15.8 Kg) juga ditanam oleh Evans, pada tahun 1993 brokoli ini memecahkan rekor dunia dengan berat 15.8kg.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors