|  | 
| Pejabat baru Facebook | 
|  | 
| Pejabat lama Facebook | 
TAMAN
 MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular 
Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.Ia terletak di kawasan 
seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun 
Microsystem.
Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.
Ruang
 dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan 
cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.
Pelbagai
 bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut. Para
 pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk.
Sementara
 itu, di New Delhi, India Mahkamah Tinggi Delhi mengancam menyekat 
beberapa laman web termasuk Facebook dan Google melainkan pihak 
berkenaan mengambil langkah untuk membuang kandungan yang menyinggung 
perasaan dan tidak menyenangkan.
"Kamu
 perlu melakukan pengawasan ketat. Jika tidak, kami akan meluluskan 
arahan untuk menyekat semua laman web seperti di China," kata seorang 
hakim semasa satu perbicaraan bersama beberapa perwakilan undang-undang 
Facebook dan Google India di sini kelmarin.
Hakim
 Suresh Kait menyatakan: "Facebook dan Google perlu membina mekanisme 
untuk memeriksa dan membuang bahan yang boleh menyinggung perasaan dan 
tidak menyenangkan."
Pada
 bulan lalu, Menteri Komunikasi, Kapil Sibal berikrar untuk membasmi 
kandungan Internet yang disifatkan pemerintah sebagai "tidak boleh 
diterima".
Kandungan
 seperti itu, katanya, termasuk gambar bogel palsu pemimpin-pemimpin 
politik India dan imej agama yang dianggap sensitif.
Facebook diasaskan bersama oleh Mark Zuckerberg yang dilancarkan pada Februari 2004.
|  | 
| Gambar pejabat lama facebook. | 


 
 
 
 
 
 
