As-Salam, di pagi tahun baru dua kosong satu dua ini, penuh semangat. Melangkahkan kaki ke tahun baru dengan penuh harapan. Segala pencapaian dan kenangan 2011 akan di teruskan ditahun ini. Apa sahaja yang dibina diharapkan akan terus maju kedepan. Semoga kejayaan akan terus berkembang.
Setiap kejayaan pasti ada jua dugaan. Setelah mengharunginya dengan tabah di tahun lalu, diharap tahun ini semakin kuat dan cekal, walau sebesar manapun cabaran yang menimpa. Sesungguhnya ia juga telah banyak mematang diri dalam menempuhi hidup yang mendatang. Ianya banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar.
Tidak semua manusia itu sempurna, segala kekurangan dan kesilapan tahun lalu harus dielakkan, harus di tempis. Jangan ulang kesilapan sama. Jadikan pengajaran, ianya pengalaman cukup berharga, barulah kita kenal dan tahu siapa kita sebenarnya dan sejauh mana kita mampu untuk pergi lebih jauh.
Selamat datang 2012, semoga kau akan menjadi seperti 2011 yang penuh kenangan kepada diri yang baru hendak mengenal dunia.