Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

9 Bentuk 'Love' Semulajadi Dan Buatan



1. Heart-Shaped Mangrove, Voh, New Caledonia

Pernah tengok cite Boys Over Flower? Inilah tempatnya di mana Goo Jun Pyo membawa kekasihnya, Gum Jan Di menggunakan helikopter untuk menyatakan rasa cintanya kepada gadis itu. Mungkin inilah salah satu potongan mangrove berbentuk hati yang paling terkenal di New Caledonia, dibuat oleh fotografer udara terkenal Yann Arthus Bertrand dan ditampilkan pada muka depan bukunya, dengan judul “Earth From Above.”


2. Heart-Shaped Island, Gutierrez Lake, Patagonia

Sebuah pulau berbentuk 'love', dilitupi oleh pohon indah ini dapat dilawati di Patagonia, Argentina dan paling indah bila dilihat dari sisi timur tasik Gutierrez.




3. Heart-Shaped Wetland, Guandu Nature Park, Taiwan 


Guandu Park merupakan sebuah taman alam semulajadi yang terletak di Taipei City. Di taman ini anda akan dapat melihat kawasan delta berbentuk hati seperti gambar di atas.


4. Tavarua Island, Fiji 

Pulau Tavarua adalah sebuah pulau syurga menakjubkan yang berbentuk hati. Terletak di pesisir pantai Viti Levu, serta dikelilingi oleh terumbu karang.


5. Galesnjak, Croatia

Pulau yang diberi nama Galesnjak ini terletak di selatan Zadar, Craotia.


6. Heart-Shaped Lake, Ohio

Tasik berbentuk hati yang paling sempurna ini boleh ditemui di Columbia Hills Corner, Ohio


7. Heart-Shaped Forest, Cantabria, Spain

Hutan yang indah ini dapat dilawati di Cantabria, Utara Sepanyol


8. Heart-Shaped Lake, Chembra, India

Inilah salah satu daya tarik pelancongan di India, tasik yang terletak di bahagian atas Chembra Peak di India ini dikatakan tidak pernah kering. Rupanya lebih dari 150 orang melawat tasik ini setiap hari walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 3km ke atasnya.
 

9. Heart Reef, Great Barrier Reef of the Whitsundays 

Heart Reef ini terbentuk secara semulajadi dan merupakan koleksi batu karang berbentuk hati terkenal di Australia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors