Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

Cara Menbuat Dapur Kayu Yang Kreatif Dan Pelik



 1. Sediakan sebongkah kayu, lagi besar lagi bagus.

 2. Dengan menggunakan chainsaw, belah kayu kepada 8 bahagian dan pastikan ia tidak putus smapai ke bawah.

 3. Ambil beberapa helai suratkhabar lama. keronyokkan ia.

 4. Sumbakkan surat khabar tadi ke dalam celah-celah kayu yang telah dipotong tadi.

 5. Kemudian nyalakan api pada surat khabar tadi, biarkan sehingga ia menyala di batang kayu pula.

 6 Tadaa, dah siap, sekarang kita sudah boleh memasak apa sahaja diatas dapur kayu yang kreatif  lagi pelik nie...jangan masak yang pelik2 sudah ler...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors