8/01/12

Filled Under: , , , , ,

Isu Murtad : 686 Permohonan Tukar Agama


SEREMBAN – Program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan semalam berjaya mengenal pasti sebanyak 686 permohonan murtad daripada masyarakat Islam di negara ini sehingga kini.

Pengerusinya, Azmi Abd Hamid berkata, jumlah tersebut menggambarkan isu murtad sebagai isu besar yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak.

“Jumlah tersebut adalah analisa terkini yang kita peroleh menerusi permohonan murtad dilakukan di Mahkamah Syariah.

“Sebagai contoh, di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 36 permohonan murtad diterima dan ia bukan jumlah yang kecil,” katanya selepas selesai program Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Paroi.

Menurutnya, sebahagian besar permohonan yang diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru.

“Secara umumnya, permohonan paling tinggi daripada saudara baru. Dalam kalangan umat Islam pula, gejala murtad banyak melibatkan golongan remaja berusia lingkungan 20-an.

“Antara faktor berlakunya gejala murtad ini adalah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga ilmu Islam yang masih kurang mendalam menyebabkan mereka ingin menukar agama,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan kaedah terbaru cubaan menghasut umat Islam keluar agama menerusi laman sosial.

“Mangsa terdiri daripada remaja perempuan yang terpengaruh melalui perkenalan di laman sosial, di ikuti pertemuan sehingga menerbitkan cinta, sebelum menghasut mangsa untuk keluar agama.

“Kita telah merekodkan peng akuan mangsa sendiri yang mendakwa diri mereka murtad. Namun, dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita berjaya mengembalikan mangsa kepada ajaran Islam semula,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...irekod-1.17020