2/01/12

Filled Under: , , , ,

2012 : Ada 3 Kali Friday Thirteen

Friday Thirteen (13) dianggap hari membawa sial oleh masyarakat barat. Sebab itu kalau boleh mereka menggelakkan dari pada menggunakan nombor 13, kebanyakan bangun di Amerika tidak menggunakan angka 13 pada tingkat atau blok bangunan.

Namum pada tahun ini, 2012 ada 3 kali tarikh 13hb yang jatuh pada hari jumaat iaitu 13/01/2012, 13/04/2012 dan 13/07/2012. Namum apakh harus kita takut? ditambahkan pula dengan kisah kiamat pada 2012.


Mengapa angka 13 dianggap angka yang membawa sial?

Sebenarnya, kepercayaan tahayul dan mitos ini adalah berasal dari pengetahuan kuno bernama Kabbalah. Kabbalah merupakan sebuah ajaran mistik kuno, yang telah dijampikan oleh Majlis Penyihir tertinggi rejim Fir'aun yang kemudian diteruskan oleh para ahli sihir, ahli silap mata, tukang tilik, paranormal, dan sebagainya - oleh itu kaum Zionis-Yahudi yang kemudian mengangkatnya menjadi satu gerakan politik sekarang ini.


Fakta berkenaan Friday Thirteen ini:

  1. Takut terhadap Jumaat tanggal 13 disebut paras kavedekatriaphobia atau juga dikenal dengan friggatriskaidekaphobia. Triskaidekaphobia adalah takut pada angka 13.
  2. Banyak hospital tidak memiliki bilik wad bernombor 13, sedangkan banyak bangunan bertingkat dinamakan tingkat ke-13 dengan 12A atau melangkauinya menjadi lantai 14. Bahkan, terdapat terminal udara menghilangkan Gate 13.
  3. Presiden Franklin D. Roosevelt tidak akan melakukan perjalanan pada tanggal 13 setiap bulan dan tidak pernah mengundang 13 orang dalam sebuah jamuan makan. Napoleon dan Presiden Herbert Hoover juga penderita triskaidekaphobic, dengan ketakutan yang abnormal terhadap angka 13.
  4. Mark Twain pernah menjadi tetamu ke-13 dalam sebuah pesta makan malam. Seorang teman memperingatkannya agar dia tidak pergi. "Memang sial," kata Twain kepada sahabatnya itu setelah menghadiri undangan itu. "Mereka cuma punya makanan untuk 12 orang." Di Paris, orang yang percaya takhayul dapat menyewa seorang quatorzieme, orang yang berprofesi sebagai tetamu ke-14, dalam acara makan malamnya.
  5. Menurut ahli numerologi, angka 13 mengalami kesialan kerana posisinya setelah 12, sebab 12 dianggap sebagai angka komplek. Angka 12 dapat ditemukan pada 12 bulan dalam setahun, 12 zodiak, 12 dewa Olympus, 12 tugas Hercules, 12 suku Israel, 12 murid Yesus, 12 hari Natal, dan 12 telur dalam satu lusin.

Apakah lagi disebalik angka 13.

Walaupun angka 13 dianggap sial oleh masyarakat barat namum bagi orang Yahudi. Angka 13 adalah dianggap angka yang suci dan menpunyai magis. Sebab itu, dalam pelbagai simbol berkaitan Kabbalisme, mereka selalu menyembunyikan unsur nombor 13 di dalamnya. Kad Tarot misalnya, ada jumlah 13. Begitu juga Kad Remi, jumlahnya 13 (As, 2-9, Jack, Queen, King).

Penyisipan simbol angka 13 terbesar sepanjang sejarah manusia dilakukan kaum ini ke dalam lambang negara Amerika Syarikat. The Seal of United States of America yang terdiri dari dua sisi (Burung Helang dan Piramid Illuminati) sarat dengan angka 13. Inilah buktinya:


-13 bintang di atas kepala Helang membentuk Bintang David.
-13 garis di perisai atau perisai burung .
-13 daun zaitun di kaki kanan burung.
-13 butir zaitun melekat di sela-sela daun zaitun.
-13 anak panah.
-13 bulu pada akhir anak panah.
-13 huruf yang membentuk perkataan 'Annuit Coeptis' bentuk perkataan
-13 huruf yang membentuk perkataan "E Pluribus Unum '
-13 lapisan batu yang membentuk piramid.
-13 X 9 titik sekitar Bintang Daud di atas kepala Eagle.

Selain memasukkan nombor 13 ke dalam lambang negara, logo-logo syarikat besar Amerika Syarikat juga demikian seperti logo McDonalds, Arbyss, startrek. Com, Westel, dan sebagainya. Angka 13 boleh dilihat jika logo-logo ini dimainkan secara menegak. Demikian pula, markas besar Micosoft disebut sebagai The Double Thirteen atau Double-13, sesuai dengan logo Microsoft yang dibuat menyerupai sebuah tetingkap (Windows), padahal sesungguhnya itu merupakan angka 1313.

Jadi adalah pelik sekiranya kita sebagai umat Islam turut menpercayai perkara sebegini. Padahal kita diseru untuk percaya kepada qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t..