18/01/12

Filled Under: , , ,

Buah Kelubi Mampu Jana Pendapatan Lumayan

Tak disangka-sangak buah kelubi pun dah mahal sekarang. Teringat pulak masa budak-budak dulu, jeruk kelubi nie memang feberet la...tiap-tap petang mesti pekena dulu. Buha hutan macam ni sekarang dah semakin pupus, sebab tue la dah sukar nak jumpa n teus naik harga. Agak-agak untung tak kalau buat ladang tanam pokok kelubi...he3

Yum3..teliur la pulak.

BALING, 18 Jan -- Pemusnahan hutan menyebabkan buah kelubi atau nama saintifiknya 'Eleiodoxa conferta' yang sinonim dengan jeruk serta masakan Melayu bagi menggantikan asam, kini semakin sukar diperolehi.

Namun, situasi itu membawa rezeki kepada pencari buah kelubi di daerah Baling dan Sik yang kini mampu memperolehi pendapatan agak tinggi apabila buah tersebut dijual RM4 sekilogram berbanding antara RM1.50 dan RM2 sebelum ini.

"Kini harga buah kelubi dah meningkat berbanding beberapa tahun dulu sebab buah sukar diperolehi, kawasan pokok itu tumbuh dah banyak pupus," kata seorang peniaga buah-buahan Basri Yaakub kepada Bernama, di sini.

Katanya keadaan itu menyebabkan hanya pencari yang mahir sahaja mampu membawa pulang hasil lumayan.

Pencari buah kelubi turut berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk duri pokok kelubi yang tajam, katanya yang menambah beliau terpaksa menempah bekalan daripada pencari buah kelubi.

Buah kelubi yang juga dikenali asam paya dan salak hutan adalah daripada keluarga palma yang tumbuh meliar di kawasan hutan.

Sekalipun rasanya masam, buah kelubi boleh dimakan mentah dengan bahan cicah seperti garam. Namun, kebiasaanya buah ini dijadikan jeruk.

Selain itu, masih ramai menggunakan buah ini sebagai penambah perasa dalam masakan tradisional Melayu menggantikan asam keping atau asam jawa kerana rasanya yang agak unik.

Justeru, sekalipun harganya semakin meningkat, asam kelubi masih lagi mendapat tempat pada kalangan masyarakat khususnya penggemar asam.