Logo baru Liga Super dan Liga Primier |
Logo Lama Liga Super dan Liga Primier |
Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk ‘Play’, yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media.
“Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu ‘Play’ (Bermain).
“Bentuk ‘Play’ telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo,” kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia.
Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imejan piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud liga bola sepak terulung di negara ini.
Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga berkenaan.
Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak.
“Bentuk bola yang sedang bergerak direka untuk mewujudkan satu kisah tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bemula di sini. Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara,” kata kenyataan itu lagi.
MSL berkata jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.
Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.
Liga Premier akan bermula pada 9 Jan manakala Liga Super pula sehari kemudian.
P/s : Lagi cantik logo lama...he3