25/08/13

Filled Under: , ,

Sejarah : Siapakah Sir Henry Gurney

Sir Henry Gurney, mungkin tidak asing di pendengaran telinga kita. Dan bagi aku, apa yang paling mengingatkan aku kepada orang ptuih in adalah Sekolah Henry Gurney dan kisah pembunuhan beliau oleh komunis.

Sir Henry Gurney

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) adalah pegawai merangkap pesuruhjaya tinggi British yang telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu.

henry gurney dibunuh oleh komunis


Apa kerja beliau?

  • Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921. 
  • Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada 1921. 
  • Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935), 
  • Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944), 
  • Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946), 
  • Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948). 
  • Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghaspukan komunis di Tanah Melayu.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita mabil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Apa jasa dia di Palestine? beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948).

Peristiwa Dier Yasin


Dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Peristiwa Dier Yasin

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.