Ramai juga Blogger yang setia memasang iklan daripada Nuffnang. Apa yang aku tahu Nuffnang ada dua jenis iklan mereka iaitu CPUV dan CPC. Korang tentu sudah arif pasal kedua-dua benda nie kan? Dan setiap blogger akan terkejar-kejar untuk mendapatkan iklan CPUV, macam yang terbaru aku dapat iaitu The Mortal Instruments.
Aku bukan nak explain pasal perkara ni, sebab aku bukan pakar sangat. Walaupun dah lama buat blog baru tahun ni aku dapat merasa iklan CPUV yang kencang. Ada satu artikel yang ingin aku kongsikan daripada blogger otai kita Hasrulhassan.com pasal CPUV ni. Kalau korang rasa nak masyuk dengan iklna Nuffnang, jom la baca artikel dia yang bertajuk Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?
Apa yang tertarik dalam artikel ini ialah dia komen pasal ramai blogger yang cuba menarik perhatian daripada Nuffnang, padahal sepatutnya kita kena tumpu untuk menarik trafik masuk untuk mendapat duit dari iklan CPUV.